30 Sep 2016

Utama » » Dr. Azizan Osman Bukan Doktor! Tertipu atau Penipu?

Dr. Azizan Osman Bukan Doktor! Tertipu atau Penipu?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Rasa terpanggil pula menyentuh isu ini secara tak langsung. Walaupun agak malas nak ulas tapi tuan empunya diri yang mengajur banyak seminar telah bergelar jutawan, banyak hartanya, banyak pula wangnya.


Namun sejauh mana kebenarannya dan apa pula tindakan yang bakal diambil? Tiada siapa yang tahu dan di antara kita hanya tahu membuat spekulasi dan menuding jari pada sebelah pihak sahaja.

Soal menipu atau pun tidak, bukan kita yang berhak menghakimi sehingga bergaduh sana sini, bertengkar di ruang maya sampai terputus silaturrahim. Kita tertipu oleh penipu, kenapa? Barangkali kita sendiri kurang ilmu atau juga kita sendiri yang terdedah pada penipuan atau juga meletakkan diri pada keadaan yang mendesak.

Lagi satu, masyarakat kita, ya kita sendiri dan di kalangan kita kebanyakkan kurang membaca, lakukanlah apa sahaja tetapi ilmu tak akan cukup kalau dalam masa yang sama tak menimba pengalaman atau menciptakannya.

Kita sendiri hauskan pembaharuan, tetapi siapa yang berkemampuan untuk memperlihatkan kita jalannya, dan juga tiada siapa yang tahu di mana tempat letaknya sebuah kepercayaan. Pokoknya, Encik Azizan Osman (Hanya kerana dia tiada PHD) telah tumbuh dengan idea, namun tiada pengiktirafan mengakibatkan dirinya dilontarkan dengan penghinaan.

Nak ulas lebih nanti orang yang berilmu mesti ada pengintirafan, bila diadakan maka ia dinamakan penipuan walaupun Doktor / PHD / Ahli Falsafah mana atau pangkat mana-mana, Datuk ke Tan Sri ke, itu sekadar nama yang boleh diciptakan. Kalau dia tak letak Dr pada depan namanya, kalau dia tak beli pangkat Datuk sekali di depan, orang akan percaya ke tak? Itu kerana nama.


Dia penipu, menipu duit kita semua hanya kerana dia menjual idea dan ilmu. Kita sebenarnya adalah pembeli idea-ideanya. Membayar ratusan ringgit malah ribuan kepada idea-ideanya. Kita adalah pengguna produknya, dia menipu untuk menjayakan orang lain dan kita namun caranya adalah MENIPU dengan nama.

Kita sudah terbiasa kena tipu sejak dari dulu lagi. Sejarah membuktikan kita memang kaki penipu dan lahir dari keturunan penipu. Jadi tipu dan penipuan adalah makanan yang paling berzat dalam masyarakat. Tidak hairanlah kalau syarikat pinjaman berlesen pun tumbuh bak cendawan selepas hujan khusus di Dungun ini.

Kami tak nak menyebelahi mana-mana pihak tapi apa yang kami nak beritahu, IDEA adalah sangat MAHAL. Nak kembang bisnes perlukan modal kecil atau pun besar. Walaupun ada modal sekalipun tapi IDEA KEMPIS, memang tak dapat tampung perubahan. Cakaplah macam mana pun, kita semua memang dilahirnya untuk mencipta alasan dan untuk bertikam lidah tanpa mengambil apa-apa iktibar. Memang itulah kita 'forever'. Jika kita nak keluar dari kepompong ini, maka kita haruslah 'BERBEZA' itu sahaja.

Orang yang BERJAYA adalah orang yang BERBEZA daya fikirnya. Orang yang LUAR BIASA adalah orang yang PANDAI mencipta PELUANG dan merebut PELUANG.

Orang yang SIA-SIA adalah orang bercakap dan bercerita tentang semalam yang bergelar SEJARAH tanpa mengambil iktibar dari erti sebuah PENGALAMAN.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
1 Comments

+ comments + 1 comment

2 October 2016 at 00:19

Ermmm.. Writer ni adil. Tak menyebelahi mana2 pihak.

Terima kasih Miss CPU atas Komentarnya di Dr. Azizan Osman Bukan Doktor! Tertipu atau Penipu?

Post a Comment