7 Oct 2016

Utama » » Hentikan Pencerobohan Merobohkan Muzium Dungun!

Hentikan Pencerobohan Merobohkan Muzium Dungun!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Kempen Tandatangan Bantahan Awam - Membantah Perobohan Bangunan Muzium Daerah Dungun anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun telah diadakan pada 07/10/2016 bermula jam 7.30 - 11.00 bertempat di hadapan gerai makan, Pasar Besar Dungun.


Sekurang-kurangnya Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun telah berusaha untuk mempertahankannya, selebihnya terserah pada warga Dungun sendiri kerana kuasa sebenar terletak pada warganya. Jika tiada sokongan maka ini menampakkan betapa ruginya kita apabila kehilangan monumen sejarah dan asyik berkepit dengan perubahan yang hanya menjanjikan angan-angan.


Bagaimana anak cucu kita nanti? Apakah mereka ingin hidup dalam dunia yang rakus dengan tipu muslihat tanpa memperingati sejarah yang telah menggagalkan kita untuk berjaya? Sekurang-kurangan generasi akan datang dapat menilai peradaban yang mereka lalui dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Usai Bangunan Pertama Daerah Dungun dirobohkan kini mangsa seterusnya adalah Muzium Dungun. Betapa hilangnya keperihatinan pihak pentadbiran kita yang hanya mementingkan diri sendiri. SD menyeru kepada warga yang masih mempunyai HATI untuk berfikir sedalam-dalamnya, apakah kita mahukan hidup yang hanya membidik JANTUNG kita setiap masa dengan kemodenan yang mengaibkan?

Jika kita hanya membiarkan maka kita sendiri yang kerugian... Fikir-fikirkanlah...

p/s: Seharusnya Muzium itu dibaikpulih dan bukannya dialihkan atau dirobohkan. Warisan sejarah hanya dipadang remeh oleh mereka yang suka meremehkan sesuatu yang berharga dengan rasuah kehidupan yang sementara.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment