11 Oct 2016

Utama » » Perang Banner Pinjaman Berlesen - MPD

Perang Banner Pinjaman Berlesen - MPD

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Mutakhir ini kegilaan banner-banner dan bunting-bunting Pinjaman Berlesen banyak tergantung di mana-mana sahaja sehingga mencacatkan permandangan di bandar Dungun kita ini. Mereka tidak hanya meletakkan banner-banner berkenaan di tiang elektrik bahkan di sekitar lokasi di perkampungan turut diserang termasukkan dinding-dinding di tempat awam. Mereka saling meraih agar iklan mereka dilihat umum sehingga ada yang menganggu pandangan lalu lintas.

Pihak MPD sedang menjalankan tugas mencabut banner

Tindakan syarikat berkenaan adalah sangat tidak wajar namun di manakah jalan penyelesaian? Hal ini akan berlarutan jika tindakan segera tidak diambil. Menurut orang yang terlibat, syarikat pinjaman berlesen sangat tak relevan dengan kadarnya, jadi ini adalah satu tipu daya untuk si peminjam yang menjadi mangsa terpaksa membayar lebih dari apa yang dipinjam. Banner tergantung adalah tipu muslihat mereka.

Sampai bila hal ini nak dibiarkan? Di kawasan lain admin pernah lihat sangat buruk jadinya kerana tiada tindakan undang-undang diambil pada mereka yang melakukan perbuatan ini. Kebanyakkan tempat menjadi medan perperangan pengiklanan mereka yang tak terkawal. Jikalau tidak dibendung, pasti masalah yang lebih parah lagi akan timbul.

HARI INI CABUT, ESOK LETAK BARU

Inilah dinamakan PERANG DAN BIADAP. Pihak MPD telah memainkan peranannya dengan menanggalkan banner-banner tersebut tetapi esok pasti ada lagi. Kesannya di sini si syakirkat begitu keras kepala melakukan hal sedemikian memancing pelanggan atau lebih tepat lagi mencari mangsa.

Namun, mereka bergelar syarikat pinjaman berlesen, Persoalannya, SIAPA YANG BERIKAN MEREKA LESEN?

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment