23 Dec 2016

Utama » » Dungun Perlukan Publisiti Terbaik, Zulhamizan Sobri

Dungun Perlukan Publisiti Terbaik, Zulhamizan Sobri

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Zulhamizan Sobri
Zulhamizan Sobri seorang anak muda yang tidak asing lagi dalam dunia visual dan juga membikinkan filem pendek serta video-video iklan marketing. Anak kelahiran Terengganu yang menetap di Dungun ini terus memancing unggul dan bergiat aktif dalam seni visual. Nama sebenar beliau, Muhammad Zulhamizan Bin Mohamad Sobri telah berusia 19 tahun (ketika artikel ini ditulis) mendapat pendidikan SKM tahap 2 di IKBN, Kemaman dalam bidang production.

"Dungun perlukan publisiti terbaik, tambah lagi Dungun ni cantik." Katanya. Dengan adanya promosi maka orang ramai akan lebih mengenali Dungun sebagai destinasi tumpuan mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa Dungun ini cantik dengan keindahan flora dan faunanya kerana ia berdekatan dengan laut. Selain itu nilai budaya masih diserapkan dalam masyarakat. Aktiviti nelayan juga masih dapat dilihat di pantai. Ini menjadikan ia suatu panorama yang indah.

Zulhamizan Sobri (ZS) yang ditemuramah SD berkata, "Sekurang-kurang dengan visual yang saya hasilkan dapat mengembalikan nostalgia netizen yang pernah datang ke Dungun." Beliau kini bekerjasama dengan Jumper Motion.

Bagi anak-anak muda yang ingin berjaya maka contohilah anak Dungun ini di mana beliau sentiasa berusaha dan mencari idea-idea baru. Beliau juga mempunyai FB Fanpages iaitu Zulhamizan Sobri. Boleh cari beliau di sana.

Tonton video : 


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment