28 Dec 2016

Utama » , » MENARIK : Kisah 3 Jenis Kek Berlainan Perisa Akan Membuatkan Anda Terkesima

MENARIK : Kisah 3 Jenis Kek Berlainan Perisa Akan Membuatkan Anda Terkesima

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Waktu itu saya kumpulkan 20 pelajar di dalam satu dewan. Di situ saya mempamerkan 3 jenis kek yang pastinya menarik perhatian semua. Ada di antara mereka mula kecur setelah melihatnya lalu saya pun bertanyakan kepada mereka tentang satu soalan ini:-

Gambar Hiasan : Puan Norehan
“Di sini saya pamerkan 3 jenis kek iaitu perisa vanilla, coklat dan strawberi. Tapi sebelum itu saya ingin memaklumkan kepada kamu bahawa kamu boleh memilih perisa kesukaan kamu, cuma satu perisa sahaja.”

Jadi, saya terus mengajukan soalannya “Apakah perisa kegemaran kamu?” Dan (masing-masing pun mula memilih) hasilnya adalah… 




10 pelajar memilih perisa Vanilla

4 pelajar memilih perisa Coklat

6 pelajar memilih perisa Strawberi

Kemudian saya meminta agar mereka menukar kek yang ada ditangan mereka dengan pelajar yang lain. Lantas, pelbagai reaksi ditonjolkan seperti tidak puas hati dan sebagainya. Ada yang sampai keliru untuk mengambil yang mana satu.

“Begitulah STRESS setiap manusia. Keinginan untuk memiliki apa yang digemari menyebabkan kemarahan jika tidak dapat dimilikinya. Namun mengapa saya tunjukkan 3 perisa kek?”

Setiap manusia berbeza tahap STRESS mereka. Perisa tersebut melambangkan stress yang berbeza seperti rumah tangga, kerja dan sebagainya. Hasil dari pemilihan kek itu melambangkan jenis setiap stress bagi setiap individu. Apabila disuruh untuk menukar kek dengan pelajar yang lain, itu melambangkan bagaimana kamu mengendalikan stress tersebut. Reaksi pula adalah PERASAAN stress itu sendiri. Manusia berbeza jenis dan tahap stressnya. Ada yang kuat tenang perkara ini dab ada yang lemah tentang itu. Hanya kita berada di tempat itu akan merasainya sendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba untuk “MEMAHAMI”.

Kadang-kadang kita susah untuk memahami, “Kenapa kau suka coklat?” itulah…cubalah berada ditempatnya dan anda akan tahu.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment