19 Dec 2016

Utama » » VIRAL - Kiosk Keperluan Kucing Paling Havoc Di Dungun!

VIRAL - Kiosk Keperluan Kucing Paling Havoc Di Dungun!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Hais! Ada patut lewat malam saya pergi serang rumah dia. Bukan nak ajak gaduh cuma nak minta tolong aje. Memang urgent sangat-sangat. Saya pun tanpa was-was terus beri salam. "Assalamualaikum, Assalamualaikum, Assalamualaikum." Banyak kali juga saya beri salam. Dalam hati ni mesti saya kena maki lepas ni sebab ganggu orang. Bukan apa, saya terdesak dah ni. Lepas ni tobat saya tak nak buat dah kerja gila ni lagi. Tengok jam dah pukul 11 malam. Kiosk tu dah confirm dah tutup pukul 10 malam. Dah terang-terang waktu urus niaganya macam tu. Biasalah saya ni last minute baru nak meraban. Bukan sengaja tetapi terlupa aje.

Erk! Akak tu muncul depan pintu, bukannya dia sedang cekak pinggang atau buat muka geram, malah dia hanya tersenyum tengok saya tercegat depan pagar rumahnya. Fuh! Nasib baik! Dia tak ada cakap pun macam ni...."Lewat-lewat baru nak datang!' Memang tak! Tak ada sama sekali, dia tak cakap pun macam tu, tetapi dia hanya menjawab, "Wa`alaikumussalam... nak beli makanan kucing ke dik?" Soalnya dengan senyuman manis diukirkan. Saya pun angguk. "Ya kak, tak ape ke ni kak lewat ni?" Saya tanya dan dia cuma senyum sambil buka pintu pagar. "Marilah masuk." Akak jemput saya. Segan pulak jadinya.


Beliau dikenali sebagai Rohaiza Manan dan akak ni telah membantu saya mendapatkan bekalan si comel saya yang dah habis. Saya jumpa nombor contact beliau pun melalui Facebook. Tak sangka pulak dia melayan. Ingatkan dah tak berkesempatan beli makanan kucing. Laparlah mereka, itulah anggapan saya. Tetapi hasrat saya akhirnya tertunai. Alhamdulillah.

Saya ditunjukkan stok barang keperluan si manja. Teruja tengok, dalam kiosk akak ni banyak jenama makanan. Kalau awak nak dapatkan pasir pun ada di sini. Bukan setakat itu sahaja, akak ni langsung tak lokek ilmu untuk berkongsi tips penjagaan si comel. Yang paling membahagiakan, si akak ni caring dan senyum sokmo. Maka tak hairanlah akak ni ramai member. Alhamdulillah...

Macam-macam ada dalam kiosk ni

"Tapi akak jangan risau, saya tak akan ganggu akak tengah-tengah malam macam ni lagi, cuma saya tak tahu mana nak dapatkan makanan. Bila dah jumpa ni syukurlah." Ucap saya tersipu-sipu. Tapi korang jangan pulak jadi macam saya, pergi awal-awak sikit. Bila dah lewat nanti baru nak meraban. Hihi...

Tak mustahil bagi saya untuk jadi pelanggan setia akak memandangkan cara akak melayan pelanggan sangat memuaskan. Sangat havoc!

"Cuma satu aje kak,"

"Apa dia?" Soalnya.

"Kalau boleh akak letak satu papan tanda dekat bahagian luar agar mudah pelanggan lain mencari lokasi akak." Cadang saya dan Kak Rohaiza Manan mempertimbangkan.

Maklumlah zaman sekarang ni ramai peniaga berurus niaga dari rumah sahaja memandangkan kos sewa premis perniagaan di bandar terlalu mahal. Jadi saya pun sokong kalau peniaga kecil-kecilan elok bermula dari rumah sahaja bagi menjimatkan kos. Lagipun sekarang ini kan zaman cyber, Ramai pelanggan lepak dalam jaringan. Tak gitu?

Pada warga Dungun yang ingin berurusan dengan Si Akak Comel Ini, Boleh Contact Beliau. Kak Rohaiza Manan tinggal di Dungun, belakang SMK Sura, Dungun. Kalau tak jumpa juga mana kedainya maka hubungilah dia di talian : 019-948 1958 / 013-996 6676



-Cik Siti-

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment