22 Jan 2017

Utama » » Bagaimana Masalah Ini Menyebabkan Perniagaan Tak Membangun

Bagaimana Masalah Ini Menyebabkan Perniagaan Tak Membangun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

PERNIAGAAN CEMERLANG BERMULA DARI DALAM JIWA. ANDA SEBENARNYA MAMPU MENGUBAH KEKANGAN WAKTU SEMPIT KEPADA RUANG YANG LEBIH BESAR. 

Tapi bagaimana? 

Mudah kita membincangkan topik ini lebih lanjut dan mengubah tanggapan apa yang berlaku sebaliknya. Untukl berubah bukan esok tetapi saat artikel ini sedang dibacakan.

Teruskan bacaan dari satu persatu. Kenapa dan bagaimana cuma soalan, tapi penentunya adalah plan tindakan. Sesuatu perniagaan dijalankan sama ada offline atau online memerlukan pengetahuan. Inilah masanya kita mencari punca dan mengatasinya. Merenung dan bertindak adalah dua keadaan yang berbeza tetapi membawa pada satu matlamat yang anda sendiri tetapkan.

Baiklah, kita teruskan lagi bacaan. Perkara pertama, SABAR. Membaca perlukan kesabaran. Tanpa kesabaran kita akan tergopoh gapah dan bertindak melulu dan beranggapan apa yang kita lalui ini adalah sia-sia. Jangan fikir macam tu, kita sama-sama berubah. Ayuh!

Kita renung dalam-dalam mengundurkan hal negatif tetapi menapulasikan hal-hal negatif itu kepada yang positif kernaa optimiskan minda bukan suatu yang mudah dan kita sedia maklum ia sebenarnya virus perosak kehidupan jadi... kita kawal minda kita. Bagaimana nak kawal???

Untuk mengawal minda, kita kena faham apa masalah kita dalam perniagaan kita sendiri. Sesetengah orang kita nampak berjaya tetapi kita tak duduk di tempatnya jadi kita berasa mereka telah selesa dan kita masih ditakuk yang lama. Perbandingan inilah menyebabkan kita berasa mundur tanpa daya usaha. jesteru itu mari kita menilai semula masalah kita dengan mamahami keadaannya. 

Bismillah...

Ini senarai beberapa punca : 
  1. Fikir Untung Besar
  2. Mutu Kerja Sambil Lewa
  3. Tak Mesra Pelanggan
  4. Produk Tidak Berkualiti
  5. Berfikir Untuk Jangka Masa Pendek
  6. Kurang Promosi
  7. Suka Menyalahkan Orang Lain
  8. Suka Meniru Dan Tidak Terurus
  9. Tidak Berani Ambil Risiko






1. Fikir Untung Besar

Letak harga tinggi, rela membazir daripada banyak bersedekah. Apa yang dipersembahkan tidak menarik perhatian serta tidak pula memikirkan keadaan. Kita berniaga untuks iapa? Selagi ada yang memerlukan perkhidmatan kita maka lakukanlah dengan ikhlas.

2. Mutu Kerja Sambil Lewa

Menganggap semua orang bodoh, semua orang tak bagus, hanya diri sendiri yang bagus. Layanan diberikan juga tidak memuaskan. Kadang-kadang pekerja tidak menjaga nama baik tauke, ada juga tauke tidak membela nasib pekerja.

3. Tak Mesra Pelanggan

Terlalu serius, loket dengan senyuman. Semua itu membuatkan pelanggan adakalanya berasa jengkel. Bercakap dengan nada menyindir, tidak mengalah selalu menuding jari pada hal yang remeh temeh serta memperbesarkan masalah yang boleh diselesaikan dengan cara baik.

4. Produk Tidak Berkualiti

Produk atau barang yang dijual atau apa sahaja produk-produk lain mendatangkan masalah dan tidak memberikan jaminan yang baik. Semua itu memberi impak pada perniagaan anda sendiri.

5. Berfikir Untuk Jangka Masa Pendek

Sesetengah peniaga hanya memikirkan apa untuk esok dan mudah tewas pada keadaan seolah-olah apabila buka kedai hari ini terus nak ada orang ramai yang singgah / ramai pelanggan. Untuk berniaga memerlukan kesabaran. Kena ada ilmu.

6. Kurang Promosi

Bila tiada promosi atau pemasaran produk dengan baik, orang sukar untuk mengetahui tentang produk anda. Kena ada bujet atau perutuntukan kewangan anda bagi bahagian promosi agar ia memudahkan anda dan bakal-bakal anda tahu tenteng perkhidmatan yang anda tawarkan. Nak orang ramai, tapi tak nak promosi. Pelik.

7. Suka Menyalahkan Orang Lain

Saat wujud persaingan maka timbul pula hasad dengki. Tiada sifat tolak ansur dan mudah berdendam. Apabila sesebuah perniagaan yang tidak menjadi atau tidak laku, orang lain dipersalahkan. Ada yang menuduh konon kena bomoh, sihir dan sebagainya. Penyakit itu telah lama merebak dalam masayarat kita khususnya.

8. Suka Meniru Dan Tidak Terurus

Penyakit ini juga sudah lama wujud di kalangan kita. Suka tiru sedangkan apa yang ditiru itu belum tentu memberikan kebaikan. Hakikatnya, kita masih belum mampu memikirkan hal diluar kotak pemikiran kita sendiri. Bila tengok orang lain maju berniaga sesuatu itu, terus ikut tiru tanpa ilmu. Bila bungkus, salahkan orang lain.

9. Tidak Berani Ambil Risiko

Hanya memikirkan hal yang mudah-mudah, paling tiptop, "Takut Rugi" berniaga pun belum tapi dah negatif. Pemikiran yang negatif takkan bawa kita ke mana-mana. Buat perancangan rapi, kena ada sikit pemikiran cara 'usahawan' berfikir. Tidak ada bisnes terus maju tanpa ada rebah. Orang-orang yang berjaya bermula dari yang rugi kerana diambil iktibar kenapa 'rugi..' Pengalaman mematangkan kita dalam perniagaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama, Insya-Allah... Sila Like Page : SUARADUNGUN.COM




p/s : Asas perniagaan adalah dengan ILMU, jika kurang membaca dan memahami selok belok perniagaan, maka sukar untuk berubah. Namun, jika kita berusaha, Insya Allah, usah berputus asa :)

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment