14 Jan 2017

Utama » » Charger Handphone Dikatakan Punca Kebakaran Sebuah Rumah Di Sura Hujung

Charger Handphone Dikatakan Punca Kebakaran Sebuah Rumah Di Sura Hujung

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

SURA HUJUNG 13 Januari 2017 - Sebuah rumah hangus total terbakar. Bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang pukul 5:20 petang (Jumaat) bagi memadamkan kebakaran tersebut.


Menurut saksi, kebakaran tersebut berlaku sebaik sahaja charger telefon yang disambungkan melalui extention plug meletup dan menyambar tilam. Sejurus itu api mula merebak dan sukar dipadamkan.

Gara gara panik, seorang ibu sempat menyelamatkan dua orang anaknya yang berusia 1 tahun dan 2 tahun itu. Menurut salah seorang penghuni rumah, Safril bin Alias (32 tahun) berkata, sebaik sahaja dia pulang, api telah pun membakar rumahnya dan tiada barang-barang yang dapat diselamatkan kecuali nyawa yang lebih penting.


Penduduk telah memisahkan sambungan atap kerana bimbang api yang marak itu akan merebak dan sekaligus membakar rumah yang lain. Akhirnya usaha itu berjaya.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment