13 Jan 2017

Utama » , » DUNGUN : Akhirnya Martion Cerita Hal Sebenar! Ia Bukan Tragedi Tapi Takdir

DUNGUN : Akhirnya Martion Cerita Hal Sebenar! Ia Bukan Tragedi Tapi Takdir

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Barangkali anda di luar sana tertanya-tanya tentang kisah sebenarnya selama ini. Kini ia bukanlah satu rahsia lagi tetapi ini merupakan sebuah hakikat yang patut dikongsikan bersama. Kisah ini diceritakan sendiri oleh pemilik Restoran Martion Western Food iaitu Encik Amri Yaman.

DARI MANA DAPAT NAMA MARTION NI SEHINGGA IA MENJADI SATU BRANDING YANG TERKEMUKA DI DUNGUN NI?

Mungkin anda kat luar sana tertanya-tanya apa itu MARTION?

Hari ini saya akan rungkaikan ia agar tidak timbul lagi persoalan dan pertanyaan yang berada di benak fikiran anda semua.

Bagi saya MARTION adalah satu (1) perkatan yang sangat unit dan cara untuk menyebutnya pula adalah MAR-TION dengan sleng (dialek) Malay style.

APAKAH MAKNA SEBENAR PERKATAAN MARTION?

"MARTION" adalah satu nama unik yang dipilih oleh abang kami yang membawa maksud "KERJASAMA" dan ia  adalah usahasama kami tiga beradik yang bernamaAmri bin Yaman  (saya), Noorfatini binti Mad Adam dan Ahmad Amiru bin Mad Adam. 

Dalam usaha mencari peluang perniagaan di Dungun dan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang-orang yang memerlukan kerja.

Amri Yaman

BILAKAH MARTION MULA BEROPERASI?

Tanggal 24hb April 2015 iaitu tarikh mula pembinaan kedai di Jalan Pantai Dungun, Terengganu yang pertama. Dengan gabungan kerjasama ini maka terhasillah “MARTION” yang menjadi sebutan orang ramai serta pilihan utama bagi penggemar masakan WESTERN FOOD terutamanya.


Menu-menu yang ada di “MARTION” adalah resepi istimewa keluarga yang digunakan dirumah sebelum ini, dengan keyakinan yang ada bahawa resepi ini mempunyai potensi untuk diketengahkan dan alhamdulillah dengan rahmatNya masakan kami boleh diterima oleh penggemar masakan WESTEN FOOD di luar sana.

Kami hanya menggunakan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan terpilih, dan hasilnya kami mempunyai menu-menu yang sihat dan istimewa.

Dengan berkonsepkan "DISTINCTIVE CLASSIC" dan "FAMILY RECIPE", kami kini berupaya berada sebaris dengan kedai-kedai pilihan utama di Dungun dan secara tidak langsung menjadikan "MARTION" kedai Western No.1 di DUNGUN kerana daya tarikannya yang tersendiri.

MOTTO SYARIKAT

“GREAT WESTERN FOOD”

Itulah bingkisan takdir sejarah yang sudi disampaikan oleh Encik Amri Yaman. Untuk info lanjut, Sila hubungi beliau melalui Facebook Fanpage Martion Dungun

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment