23 Jan 2017

Utama » » Masih Ramai Yang Tak Tahu Fenomena Sebenar Wayang Pacak

Masih Ramai Yang Tak Tahu Fenomena Sebenar Wayang Pacak

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Wayang pacak merupakan pertunjungan wayang secara percuma yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga awal 1980-an. Wayang pacak merupakan satu fenomena hiburan yang amat digemari oleh rakyat di sama ada di kawasan-kawasan bandar dan pedalaman.

Pada era 70-an liputan siaran televisyen RTM hitam putih masih belum meluas sehingga ke kawasan pendalaman terpencil negara ini. Oleh itu wayang pacak yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan menjadi pengantara kepada kerajaan untuk menyediakan hiburan serta menyalurkan terus maklumat tentang dasar-dasar kerajaan untuk pengetahuan rakyat.


Lazimnya tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak untuk menikmati hiburan menerusi filem-filem yang ditayangkan.

Wayang pacak merupakan dimainkan di kawasan tanah lapang dengan cara penayangan filem paling asas. Jabatan penerangan Malaysia menyediakan projektor beroperasi dengan kuasa elektrik daripada generator untuk memainkan rel filem yang memancarkan imej dan visual bergerak ke sebidang kain atau layar putih.

Kain atau layar putih ini dipasang atau diikat pada dua batang kayu. Lokasi paling popular untuk mengadakan tayangan wayang pacak ini di pekan dan kampung ialah di padang atau kawasan tanah lapang. Filem-filem yang ditayangkan adalah produksi Filem Negara Malaysia (FNM) bermula 1963. Sebelum itu dikenali sebagai Malayan Film Unit yang terkenal dengan logo pembukaannya, seekor harimau melompat ke tengah skrin dan freeze frame.


Sebelum tayangan wayang pacak ini diadakan pada sebelah malam, biasanya van yang dilengkapi pembesar suara di atas bumbung milik Jabatan Penerangan akan bergerak ke setiap pelusuk pekan dan kampung membuat pengumuman berkenaan filem yang bakal ditayangkan. Imej ikonik van penerangan ini mengelilingi pekan dan kampung memberitahu orang ramai tayangan wayang gambar bakal diadakan malam nanti pasti terus melekat di minda generasi berusia 50 tahun ke atas hingga sekarang. - Sumber Persatuan Sejarah Dungun

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
1 Comments

+ comments + 1 comment

24 January 2017 at 09:27

blogjogging... huhuhuhu

Terima kasih Faizal Syukri @ Peja atas Komentarnya di Masih Ramai Yang Tak Tahu Fenomena Sebenar Wayang Pacak

Post a Comment