17 Jan 2017

Utama » » Rasa Macam Tak Percaya, Dangal Boleh Buat Air Mata Luruh!

Rasa Macam Tak Percaya, Dangal Boleh Buat Air Mata Luruh!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Sebuah filem Bollywood berjudul Dangal begitu menyentuh perasaan. Walaupun klimaks begitu lambat tetapi seperti yang sedia maklum, filem ini tidak menghampakan kerana begitu banyak iktibar dan pengajaran yang boleh diambil. Kisah yang dekat dengan masyarakat mampu membuatkan hati terdetik insaf.

Jika kita menghayati maka kita akan tahu apa mesej yang hendak disampaikan dan apa pula peranan orang sekeliling dalam memartabatkan cita-cita. Begitulah yang berlaku sejak zaman berzaman kerana sudah namanya manusia suka menghukum tanpa mengerti apa-apa. Watak Geeta dan Babita anak kepada Mahavir Singh lakonan Amir Khan begitu berkesan sekali dalam mendidik anak-anak gadisnya menjadi pengusti hebat.

Tanpa sedar, air mata luruh kerana dialog yang disampaikan juga menusuk kalbu. Betapa kita ini kerdil dalam membawa perubahan dan tidak Tuhan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Tanpa dukungan dna sokongan, kita tidak kuat. Cubalah lari beribu langkah tanpa memahami hakikat 'sokongan' maka kita  akan sering tersungkur.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment