7 Feb 2017

Utama » » 3 Cara Ini Membantu Tingkatkan Pasaran Produk

3 Cara Ini Membantu Tingkatkan Pasaran Produk

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Entri kali ini SD nak beritahu mengenai perancangan dalam konteks pemasaran produk dan juga networking. Bukan mudah ya nak bina network, jadi kena hadam betul-betul entri ringkas ini.

Anda ada produk tapi tak tahu nak pasarkan di mana? Akhirnya terkandas dalam facebook wall sahaja, ini biasa terjadi kepada pemula. Yang ada idea pula tak sabar-sabar nak berniaga. Laju melabur modal, kan?


Untuk pelancaran, kena kaji dulu pasaran. Produk yang awak nak jual tu untuk siapa dan bagaimana produk awak tu mampu membantu pengguna. Banyak yang SD nampak, jual produk yang orang tak nak. Macam mana nak tahu orang nak ke tak nak? Survey la dulu...



Contoh:

Kalau saya sediakan produk ni, ada tak yang nak? Produk ni bagus untuk bla bla bla bla...

Awak boleh tanya dulu audien sama ada dalam group atau page. Bila dapat respon tu barulah teruskan pada langkah seterusnya. dan yang kedua...

TARGET

Ini mengenai sasaran produk. Sebab itu perlu survey. Bila ada permintaan maka mudah untuk anda pasarkan produk anda tu sama ada secara online atau pun offline. dan yang ketiga...

SITUASI

Perkara ni paling penting, ia melibatkan situasi atau keadaan. Pada yang berniaga secara offline, contohnya buka booth, jangan terlalu ghairah menyediakan itu dan ini, tapi tengok langit MENDUNG. Akibatnya seseorang pemula ada yang berputus asa setelah sales tak jalan. Tak balik modal.

Berniaga macam tu bukan boleh dapat pulangan modal awal, yang melabur berpuluh ribu pun belum tentu boleh balik modal. Tengok dan kaji pattern dulu, jangan redah sahaja. Itu salah sendiri. Semangat sahaja berkobar-kabar tetapi penyediaan tak ada memang akan memberikan impak negatif.

NETWORK

Bina Jaringan Kerjasama
Ini juga sangat penting. Kena ada jaringan atau network untuk pemasaran. Kalau anda bertindak sendiri tanpa medium perantaraan memang sukar, contoh binalah group sendiri atau pages khusus untuk produk anda di fb ke atau apa-apa sahaja mendia sosial serta mulakan langkah mempromosikannya secara menual terlebih dahulu. Maksudnya di sini jangan fikir nak BOOM sales dengan pelaburan yang entah apa-apa lepas tu tak menjadi terus down. Mulakan secara berperingkat dengan kos yang rendah. Tak adalah nanti bila jatuh akan terasa sakit sangat.

INGAT, jangan terlalu kedekut  untuk melaburkan wang bagi tujuan promosi dalam medium lain yang menyediakan perkidmatan pemasaran produk anda termasuk website dan blog. Gunakanlah kesempatan itu. Tak banyak pun boleh guna sikit. Sama ada nak laju atau nak cermat, anda sendiri tentukan.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment