8 Feb 2017

Utama » » Ada Ke Taman Tema Air Dungun?

Ada Ke Taman Tema Air Dungun?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Seolah-olah timbul rasa tidak percaya bahawa Taman Tema Air Dungun wujud di daerah ini dan kami difahamkan bahawa projek itu hanya terbiar sahaja tanpa kemajuan. Hasil tinjauan SD mendapati bahawa ia memang tidak langsung beroperasi.

Taman Tema Air Dungun ini terletak di Taman Permainan Kanak-kanak Teluk Lipat, sepatutnya lebih menjadi tumpuan tetapi ia tersembunyi di bahagian belakang. Apa motif sebenar kedudukan lokasi sedemikian, untuk siapa ia dibina dan bagaimana prosesnya sedangkan ia telah lama terbengkalai? Bagaikan tiada makna bagi pembinaannya. Tidak memberi apa-apa impak positif bahkan ia kelihatan sebagai satu projek gajah putih yang mengundang pembaziran.

Jika ia berfungsi dan berjalan baik, maka ia dapat menarik orang ramai untuk bersantai. Selain itu pelbagai aktiviti dapat dijalankan di kawaan sedemikian. Namun segala usaha yang dibuat hanya terhenti separuh jalan. Taman Tema Air Dungun hanya tinggal nama sahaja.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment