27 Feb 2017

Utama » » Nilai Sebenar Sejarah Dungun

Nilai Sebenar Sejarah Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Saban hari telihat usang segala monumen sejarah. Beradaban kita sebagai orang Dungun seolah-oleh tidak mempunyai sebarang nilai bahkan kita sendiri tidak pernah tahu mengenai hal-hal terdahulu yang seharusnya menjadi pengajaran masa kini.

Namun, pemuliharaan langsung tidak diambil berat. Tidak pula tampil untuk menjaga dan menaiktarafkan monumen sejarah itu untuk diangkat sebagai satu tarikan. Malangnya, Dungun hanya sebuah nama yang gah dengan perlombongan bijih besi yang terkenal seluruh dunia namun hakikat sebenarnya pihak berwajib mungkin memandang perkara itu sebagai hal yang enteng.

Berdosakah memelihara benda-benda ini? Apakah akan mendatangkan kerugian? Atau hanya sekadar menyimpan emosi kepentingan diri sendiri? Pertanyaan yang tiada jawapan. Apakah menjadi suatu beban meletakkan pagar dan menyediakan papan tanda untuk memberitahu info mengenai objek-objek itu? Jika di dalam muzium anda memberitahuya, apa salahnya info tersebut diletakkan di kawasan sepatutnya. Lihat sahaja tiang opal, sayang seribu kali sayang. Info mengenainya tiada, bahkan di Taman Permainan Teluk Lipat juga ada bekas tapak laluan kereta api yang langsung tidak dijaga dengan baik.

Tinggalan sejarah hanya layak dihinjak-hinjak dan jadi tempat duduk sahaja.
Itulah harga sejarah di Dungun

Tiang opal sebelum dialihkan
Inikah pentadbiran mahu lihat? Dahulu kita telah terlewat memeliharanya, apakah kita mahu mengulanginya lagi? Lihat di jalan masuk ke pusat bandar, Kereta api yang diperlihatkan sebenarnya tiada nilai. Itu hanya replika, di manakah keretapi yang sebenar-benarnya? Kalau dah buruk, pamer. Pamer sahaja yang buruk itulah nilai sebenar.

Keretapi yang digunakan untuk mengangkut bijih besi

Sedih, bukan? Kesedihan ini dapat dirasai oleh pencinta sejarah. Hati-hati yang tidak mahu belajar dari kesilapan lalu tidak akan merasai apa-apa kepedihan dan kerugian sama sekali, bahkan tidak merasakan ia penting untuk anak cucu akan datang. Semuanya tergadai.

Kenangan Tiang Opal : Jambatan di Sura Jetty, bijih besi diangkut pergi


Lokasi : Taman Permainan Teluk Lipat, Dungun. Kelihatan monumen sejarah ini 
terbiar tanpa berpagar dan juga tanpa ada papan informasi mengenai sejarahnya.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment