12 Feb 2017

Utama » » Pemilik Restoran Ini Perlu Belajar Cara-Cara Untuk Ramaikan Pelanggan

Pemilik Restoran Ini Perlu Belajar Cara-Cara Untuk Ramaikan Pelanggan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

BEBERAPA kesilapan peniaga dalam sektor pemakanan sama ada masakan panas atau sebagainya adalah berkenaan kegagalan menghasilkan testimoni. Kadangkala apa yang mereka promosikan begitu 'syok sendiri' dan perkara itu berlaku kerana pemilik restoran sendiri yang cakap sedap. Dia yang masak dia yang kata sedap, jadi bagaimana orang nak yakin?

Kesilapan kedua tidak jujur dalam penceritaan. Apa yang disampaikan nampak rekaan kerana pengiklanan terlalu gah tetapi mutu persembahan dalam realiti di premis begitu hambar. Ini mengurangkan kredibiliti peniagaannya.

Gambar Hiasan

PENYELESAIAN

Pertama :

Jangan kedekut nak bagi testimoni dan biarlah pelanggan anda yang berbicara mengenai rasa masakan dan juga mutu layanan anda. Secara tak langsung akan meningkatkan keyakinan terhadap 'produk' atau masakan anda. Menu gempak!

Kedua :

Jangan mudah merendahkan atau mengutuk masakan orang lain kerana jika anda memperlekehkan masakan orang lain sedangkan masakan anda juga teruk, lebih baik tidur dan duduk diam-diam saja kerana anda belum layak menjadi pengkritik yang hebat. 

Haaa begitulah adab untuk berniaga. Bagi yang nak berjaya mestilah tahu bagaimana caranya untuk membuatkan premis dan menu anda dikenali ramai. Layan juga penting, mutu juga penting, janganlah biar pelanggan tunggu lama anda datang ambil order, jangan fikir anda seorang sahaja yang berniaga. 

Dan... perlu BANYAK SABAR.

Sekian tips untuk kali ini. Selamat beramal.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment