11 Feb 2017

Utama » » Uptown Dungun Bukan Satu Aura Negatif

Uptown Dungun Bukan Satu Aura Negatif

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Kewujudan UPTOWN DUNGUN telah menarik perhatian umum kerana ia berada betul-betul di pusat Bandar Dungun. Setelah ia diviralkan minggu lalu, banyak booth-booth baru kelihatan dan di sini menunjukkan para peniaga memberikan sokongan yang positif.

Terdapat beberapa statement berbaur 'provokasi' wujud di laman sosial.
Namun para peniaga UPTOWN DUNGUN menolak tohmahan yang tidak berasas tersebut.
Meskipun ada juga desas-desus mengatakan bahawa 'projek' ini bukanlah sesuatu yang baik untuk orang ramai bahkan lebih kritikal lagi mengatakan bahawa pihak penganjur hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Masyarakat kita sememangnya sangat mahukan kelainan dan perubahan. Oleh itu 'UPTOWN DUNGUN' telah dibanjiri warga untuk mengetahui apa yang ada dengannya dan sekaligus menangkis dakwaan negatif tersebut.

UPTOWN DUNGUN : Kemeriahan hasil kunjungan orang ramai dapat dirasai
Dien Dungun yang merupakan pengerusi UPTOWN DUNGUN memberitahu bahawa pembukaan tapak ini adalah bertujuan membantu peniaga-peniaga kecil berniaga di tengah-tengah bandar sampai larut malam maka dengan itu ia dinamakan UPTOWN DUNGUN. Dengan ada perniagaan sebegini, secara tidak langsung dapat menaikkan status peniaga di mata masyarakat.

Dien Dungun mencuba permainan menembak yang diuruskan
oleh pihak Assifu Archery untuk pengunjung bersantai di UPTOWN DUNGUN
Sehubungan dengan itu, diminta orang ramai yang mempunyai cadangan atau kritikan yang membina bolehlah disalurkan terus di ruang komentar. Segala komen dan cadangan akan dipertimbangkan supaya penambahbaikkan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Terima kasih Warga Dungun, Anda memang havoc! - SD

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment