11 Apr 2017

Utama » , » Permainan Sukan Menembak Semakin Mendapat Perhatian Di Dungun

Permainan Sukan Menembak Semakin Mendapat Perhatian Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

TEMBAK DAN MENANG bukanlah satu perjudian yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Ia adalah satu permainan berbentuk riadah dan santai keluarga yang diusahakan oleh Mohd Rashid Bin Salim bersama saudaranya Mohd Nasri Musa.


Menurut Encik Rashid, permainan ini memang memberikan pemain mendapat hadiah. Tidak kira menang atau kalah, hadiah tetap disediakan. Bahkan tiada pertaruhan wang di sini. Bayaran yang dikenakan pula berpatutan untuk menanggung kos penyelenggaraan. Permainan ini juga tidak mengira usia, sesiapa sahaja boleh bermain. Bahkan amat digalakkan untuk mereka yang berkeluarga menyertainya.

Ketika ditanya di manakah kebiasaan permainan ini beroperasi, beliau menjawab di Uptown Dungun. Di sana warga Dungun boleh singgah ke booth Tembak Dan Menang bersebelahan dengan booth Save Archery pada setiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu dari pukul 4 petang sehingga jam 1 pagi.

Bergambar Kenangan Bersama Team Temenggong Busker

Sehingga ke hari ini (sejak diperkenalkan hujung tahun 2015) permainan ini masih mendapat undangan bagi majlis keluarga, serta beberapa program khusus yang menyelitkan acara permainan tersebut. Setakat ini juga, caj yang dikenakan masih relevan bergantung keadaan semasa.

Kepada warga Dungun yang ingin menyerikan majlis atau untuk mengisi beberapa slot acara santai ini, bolehlah berhubung dengan pihak Assifu, di talian 017-919 3204 atau ke fanpage FB-nya iaitu Permainan Sukan Menembak Dungun untuk maklumat lanjut atau kepada sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan seperti ini boleh juga terus berhubung dengannya. - SD




 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment