21 Jun 2017

Utama » » Kena Banned Sebelum Waktunya

Kena Banned Sebelum Waktunya

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Kau pernah kena tak, orang pulau (banned) kau sebelum sempat kenal kau punya hati budi? Tindakan yang dilakukan hanya dengar cakap-cakap orang aje.

Kalau pernah itu lumrah, sebab bukan kau orang pertama yang pernah kena macam tu dekat dalam dunia ni. Nabi Muhammad S.A.W sendiri melaluinya. Kisah bermula, ada seorang pengemis Yahudi buta matanya. Bila dah buta tu maknanya dia tak pernah melihat wajah nabi apatah nak melihat setiap kebaikan Rasullullah S.A.W.

Ketika Nabi suapkan dia makan pun dia sanggup buruk-burukkan Nabi. Nabi tak marah dan Baginda tetap menyuap si buta itu makan sehinggalah Nabi bersabda meminta Saidina Abu Bakar pergi ke satu tempat ini berikan si buta itu makan sebelum Baginda wafat.

Kisah kewafatan Baginda telah sampai kepada si buta itu dan si buta itu masih mengeji dan mengutuk Rasulullah sehingga Saidina Abu Bakar tidak tertahan lagi lalu mengatakan, orang yang selalu menyuapkan si buta itu makan adalah Rasulullah sendiri. Jadi, si buta itu terjeda dan insaf... 

Lihatlah... kita kena kutuk kena keji bukan main nak melenting tanpa usul periksa, orang yang kutuk mengeji pula ikut sedap mulut sahaja dan menyebarkan fitnah hanya dari cakap-cakap orang. Hakikatnya? Kenal dulu, kenal sendiri ... baru kau tahu seseorang itu bagaimana. Kalau nak memuji pun biar pada tempatnya, kalau nak mengeji pun ukur badan sendiri dulu (sepatutnya tak perlu keji). Haa gitu... barulah hidup ni harmoni.

Sekian sahaja kisah untuk awal pagi ini. Apa yang baik jadikan iktibar, yang buruk jangan tular dalam media massa. Heee...

Penulis Jalanan 

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment