28 Jun 2017

Utama » » Nak Benci, Silakan Membenci Tetapi...

Nak Benci, Silakan Membenci Tetapi...

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



Usah merasakan diri kita ini dibenci ramai orang. Percayalah, pasti ada yang sayang. Detik-detik hidup ini mestilah dihargai. Saya diberitahu oleh seorang kawan, “Untuk apa kau bersedih sedangkan jangka hayat ini cuma pendek sahaja? Nikmatilah hidup dengan gembira selagi masih tersisa.” Itu katanya.

Semua orang berhak untuk hidup bahagia dan gembira. Lah Tahzan, macam mana nak buat apabila kesedihan itu datang? Persoalan yang menghujani tempurung kepala kita sendiri. Saya pun pernah alami peristiwa sedih, rasanya masing-masing pun punya ceritanya cuma sama ada ia diluahkan atau dipendamkan sahaja. Itu terpulang.

Ada sesetengah orang suka sorok kesedihannya kerana tidak mahu orang lain rasa tempiasnya lalu dia bertopengkan kepura-puraan. Kemudian mempamerkan keceriaan meskipun hatinya terluka parah. Insan sebegini sangat hebat dan jarang ditemui. Namun, sikap pura-pura itu ibarat mengisikan air ke dalam gelas. Lama kelamaan ia akan penuh dan tertumpah. Walau bagaimanapun ia bergantung berapa besar bekas dan seberapa laju air itu tertuang.

Ada sesetengahnya pula suka bercerita dan meluahkan apa yang dirasakannya sama ada di media sosial atau kepada rakan-rakan dikenalinya atau juga langsung tak kenal, tiba-tiba nak bercerita. Itu kena jaga-jaga. Dengan meluahkan juga akan membuatkan dirinya berasa lega. Ia bergantung kepada cara menyelesaikan masalah. Jadi bagi saya pula, kalau hal yang perlu diluahkan, maka luahkan jikalau itu membuatkan kita berasa tenang. Jika sebaliknya, simpanlah selagi mampu agar orang disekeliling kita tidak menghidu kekecewaan yang kita hadapi.

Tak semua orang suka dengar kita bercerita dan tak semua orang tak suka kita bercerita. Ada pro ada kontra. Tetapi yang lebih baik jadilah diri sendiri. Kalau kita punya aura positif, pasti kita dikeliling orang-orang positif, apabila kita sebaliknya, maka begitu akan terjadi, negatif. Paling tidak berilah diri kita peluang memaafkan orang lain agar hidup menjadi damai. Dendam tidak akan membawa kita ke mana-mana melainkan kepada kehancuran. Ia akan meragut ketenangan dan kebahagiaan yang patut kita peroleh. Ia juga akan memporak perandakan hidup kita sendiri di kemudian hari.

Jesteru, pilihlah cara yang terbaik untuk mencerminkan diri sendiri, dan bukan hidup dengan memukul angin yang tidak bisa kita lihat walaupun kita mampu merasai akan kehadirannya. Di Hari Raya Aidilfitri ini usah lakarkan cerita sedih, coretlah kisah gembira agar hati berbahagia kembali. Pesanan ini pun untuk diri saya sendiri juga. Terima kasih kerana sudi membaca sampai noktah terakhir.

Penulis Jalanan

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment