3 Jul 2017

Utama » , » Projek Jalan Dan Longkang Separuh-Separuh Di Dungun

Projek Jalan Dan Longkang Separuh-Separuh Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN - Kelihatan longkang beberapa kawasan di daerah ini lompong tanpa penutup. Hal ini bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya sama di kawasan desa atau pekan. Namun, apa yang amat mendukacitakan, penutup longkang hanya separuh-separuh sahaja yang ada. Kenapa hal ini boleh berlaku?

Dari apa yang diperhatikan, projek longkang terbabit telah lama dibina namun penutupnya belum sepenuhnya. Di sini persoalan mula timbul, apakah penutup longkang tidak tersenarai dalam peruntukan membuat longkang atau ia memang ada tetapi tidak diambil cakna? Pihak terlibat perlu memberikan jawapan dan penjelasan sewajarnya kerana ia melibatkan hal keselamatan pengguna dan penduduk setempat.





Selain daripada itu, begitu juga dengan keadaan jalan yang bertampal-tampal di laluan utama ke bandar Dungun. Tidak hanya di kawasan tersebut malah di desa juga jalan diturap pula hanya separuh-separuh dan tidak serata. Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Persoalan ini memerlukan jawapan daripada pihak berkenaan.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
1 Comments

+ comments + 1 comment

Anonymous
3 July 2017 at 22:38

Rumoh taman mok kite longkang dok ngalir gi mane, statik je air main keliling taman..byk ugak2 dlm longkang..

Terima kasih Anonymous atas Komentarnya di Projek Jalan Dan Longkang Separuh-Separuh Di Dungun

Post a Comment