4 Jul 2017

Utama » » Rahsia Sebenar Kedai Mak Wan Mee Sup Melayu Champa Dibanjiri Pelanggan

Rahsia Sebenar Kedai Mak Wan Mee Sup Melayu Champa Dibanjiri Pelanggan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



Ramai orang nak tahu apakah rahsia sebenar kejayaan Mak Wan Mee Sup Melayu Champa sehingga pelanggan berpusu-pusu datang ke restorannya.

Dengan hanya satu menu sahaja iaitu mee sup telah berjaya menjemput ramai pelanggan untuk menikmati hidangannya. Dan dengan menu tersebut telah melahirkan ukhuwah dan ikatan yang erat di antara pengusaha dan pelanggan.

Jawapannya sangat mudah, lihat sendiri bagaimana ia bermula. Berkata 'mudah' sangat mudah tetapi melaksanakannya cukup payah. Apakah ia? Jawapan tepat adalah SABAR.

Kenapa dengan sabar? Lagi sekali disoal. Lihat sahajalah kerendahan hidup mereka sekeluarga. Tidak perlu bermewah, cukup sekadarnya. Tidak pula bergaya dengan kereta besar-besar, cukuplah sekadar hidup dengan apa yang dimiliki bergantung minat tersendiri.

KESABARAN mereka dan KESUNGGUHAN mereka adalah pemangkin kejayaan besar untuk MEE SUP CHAMPA dikenali ramai. Selain daripada itu, usaha mempromosikan perniagaan tidak pernah putus dan menjaga kepentingan pelanggan pula tidak pernah diabaikan. Kepuasan pelanggan adalah nombor satu menjadi keutamaan.

Resepi kejayaan ini tidak pernah ditutup atau disembunyikan, beliau (Mak Wan) sentiasa berkongsi malah tidak pula kedekut ilmu. 


APA YANG ISTIMEWA TENTANG MEE SUP MAK WAN?

Setiap manusia punya keunikan sendiri. Air tangan mak wan menjadikan masakan itu lain dari yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa semua itu adalah kehendak ALLAH. Maka tidak perlulah kita berburuk sangka dan berdengki hasad terhadap kejayaan orang lain.

Sebaliknya, kita muhasabah diri kita, bagaimana untuk kita berjaya seperti mereka. Wallahu`alam.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment