13 Oct 2017

Utama » » Lobster Dungun Semakin Popular

Lobster Dungun Semakin Popular

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


DUNGUN : Penternakan lobster mendatangkan hasil yang lumayan kepada pengusahanya. Memandangkan di Dungun belum meluas penternakannya maka seorang pengusaha yang sebelum ini menjadikan ia sebagai hobi kini mula komersilkan ternakan ini.

Abdul Hadi memberitahu, "Saya tak sangka bahawa permintaannya mula meningkat dari peringkat anak lobster lagi. Kebiasaannya, anak bersaiz satu atau dua inci memang menjadi perhatian." katanya.

Selain itu, harganya yang tinggi menjadikan ia ternakan yang eksklusif. Apabila ditanya mengenai penjagaan, beliau berkata, "Penjagaannya perlu sistematik. PH air perlu dipantau agar tidak mengganggu tumbesaran haiwan berkenaan." Tambahnya lagi, "Sekiranya ia dijaga sambil lewa maka akan menyebabkan haiwan berkenaan cepat mati."

SD difahamkan bahawa haiwan berkenaan juga memakan sesama sendiri atau gemar bersaing antara satu sama lain seandainya pemakanan dan juga rawatan tidak diberikan secara teratur.

"Kalau kita nak bela haiwan ini, kita kena tahu bagaimana untuk menjaganya. Kalau kita tak cakna, memang susah nak besar." Abdul Hadi memaklumkan mengenai hal lobster. Saiznya boleh mencapai satu kaki setengah atau lebih dari itu apabila kena dengan caranya.

Berkenaan harga memang lumayan, mencecah RM80 sekilogram. Hal ini mula menarik minat penternak-penternak baru dalam sektor perikanan. Terdapat beberapa spesis yang boleh didapati sama ada untuk perhiasan atau untuk makanan. Berikut adalah koleksi milik Abdul Hadi.


Lobster merah juga adalah tinggi permintaannya


Bagi yang mahu mendapatkan info lebih lanjut, anda boleh hubungi beliau terus di talian wasap atau call " www.wasap.my/+60193617620


 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment