10 Oct 2017

Utama » , » Sejarah Hitam 2011 Sukar Dilupakan

Sejarah Hitam 2011 Sukar Dilupakan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


DUNGUN : Orangnya kecil molek dan tidak pernah loket dengan senyuman. Beliau juga seorang yang periang dan mesra. Melihat dari caranya sungguh tidak terjangka bahawa beliau bersama keluarganya pernah melalui sejarah hitam dalam dunia perniagaan.

Hafizan binti Isa atau lebih dikenali sebagi Kak Zan, berusia 40an sangat ramah orangnya. SD dipertemukan dengan insan hebat ini oleh seorang rakan. Ibu kepada lima orang anak ini cekal dan tabah menghadapi cabaran asam garam dunia bisnes.

Kak Zan bersama suami sehingga kini mengusahakan perniagaan Nan Char Kuey Teow semenjak 2005 lagi. Pelbagai inovasi dilakukan kepada corak perniagaan, dari jalanan sehinggalah ke premis.

“Suami akak berniaga CKT dan akak pulak membantu berniaga burger, sehingga sampai ke satu tahap nak besarkan perniagaan lalu kami sewa kedai dan bina kafe di Taman Rakyat yang diberi nama Z&Z Café. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat baik pada tahun 2009.” Ujarnya kepada SD selepas ditanya.

Kak Zan berkongsi foto kenangan kepada SD

Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dua tahun selepas beroperasinya Z&Z Café, satu musibah telah melanda. Beliau dan keluarga tidak pernah menyangkanya sama sekali. 

Di atas usaha yang dilakukan bagi membangunkan perniagaan yang ketika itu semakin dikenali, musnah begitu sahaja. Premis beliau disabotaj dan segala makanan serta peralatan disembur dengan racun. Pada tahun 2011 itulah menjadi titik sejarah hitam yang sukar dilupakan.

“Bukan sahaja makanan bahkan ikan di dalam akuarium turut disembur racun.” Tambahnya. Itulah tindakan yang tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh syaitan bertopengkan manusia.

Walau bagaimanapun, Kak Zan dan suaminya, Zainal Abidin Arop tidak pernah berputus asa. Beliau bangkit dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Nan Char Kuey Teow terus bernadi di jalan Gong Pasir Dungun. Perkongsian cerita oleh Kak Zan amat menyentuh hati SD kerana sebagai seorang peniaga, sifat tidak mengalah dan tidak berputus asa perlu diperkasakan agar kita tidak akan tunduk pada hasad dengki. Semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus sukses.

Apa yang dilaluinya sebelum ini dianggap sebagai ujian dan dugaan untuk berjaya. Kak Zan yakin dan berserah bulat-bulat pada ALLAH. Hanya Allah Azza Wa Jalla sahaja yang dapat membalas setiap perbuatan baik dan buruk seseorang. 

Bertanya tentang perancangan, Kak Zan berkata, “Kami dalam proses bagi menghasilkan sos untuk CKT kami. Ia untuk pasaran yang lebih luas lagi, Insya-Allah.” SD doakan semoga Kak Zan dan keluarga kuat dan maju.

Kepada sahabat yang ingin menikmati kelazatan Nan Char Kuey Teow ini, boleh terus ke premis yang terletak di Jalan Gong Pasir berdekatan dengan Sekolah Rendah Gong Pasir, Dungun. Atau sahabat boleh juga hubungi terus NCKT di talian: www.wasap.my/+60169399901

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment