9 Oct 2017

Utama » , » Usaha Menyelesaikan 91% Masalah Sakit Lelaki

Usaha Menyelesaikan 91% Masalah Sakit Lelaki

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


DUNGUN : Tempoh 17 tahun mengurut, Azizi Sudin atau lebih dikenali sebagai Pok Gie yang berasal dari Dungun seringkali dikunjungi pelbagai pesakit dari serata tempat luar daerah ini. Pengalaman beliau dalam mengurut banyak membantu penyembuhan pesakit.

Tidak hanya sakit badan malah beliau juga mengurut mereka yang terkena stroke. "Pesakit yang terkena stroke dapat dipulihkan sekiranya proses mengurut dilakukan lebih awal. Ini kerana saraf-saraf yang bermasalah Insya-Allah dapat diberikan rangsangan dan bertindakbalas dengan lebih cepat." Katanya kepada SD.

Lelaki berusia 50an itu juga banyak membantu menyelesaikan masalah kelakian, iaitu masalah batin bagi orang lelaki. Menurutnya, urutan yang betul akan memberikan impak yang postif. Selain itu beliau berkata, amalan urutan susulan mestilah dilakukan sendiri oleh pesakit dengan teknik-teknik tertentu.

Menurut kajian dari seorang pakar sakit tuan iaitu Ismail Tambi, 91% lelaki Malaysia ramai menghidap masalah kelakian (batin) oleh itu Pok Gie sedia membantu anda yang memerlukan. Kepada yang sakit pinggang, sakit urat, atau segala sakit badan boleh mendapatkan perkhidmatannya. Insya-Allah, ikhtiar itu perlu, usah berputus asa. Hubungi Pok Gie : 011-39189348 

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment