16 Nov 2017

Utama » » Benarkah Taman Indah Sari Batu 7 Dungun Terpinggir Dari Prasarana?

Benarkah Taman Indah Sari Batu 7 Dungun Terpinggir Dari Prasarana?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Rumah Mampu Milik (RMM) di kawasan Batu 7 dikatakan terpinggir dari kelengkapan prasarana yang sepatutnya disediakan. Sejauh mana kebenarannya hanya penduduk setempat atau penghuni Taman Indah Sari sahaja yang tahu.

SD (Suara Dungun) telah dihubungi oleh penduduk di situ dan berikut adalah masalah yang diutarakan. Semoga pihak berwajib dapat mengambil langkah-langkah tertentu bagi membuktikan kecaknaan terhadap masalah rakyat.


Rentetan itu, apa yang dapat ditekankan di sini adalah dari segi pendidikan anak-anak setempat dan juga keselamatan mereka yang menghuni kawasan berkenaan. Seperti yang sedia maklum, kawasan taman berkenaan adalah terletak dipinggir bandar dan difahamkan masih banyak kekurangan. Kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, lampu jalan, kelas asuhan (taska) dsb amat diperlukan.

Selain itu, ketiadaan bonggol jalan juga menjadi satu kebimbangan penduduk di situ kerana kenderaan termasuk motosikal dipandu laju di kawasan kanak-kanak bermain. Ia melibatkan aspek keselamatan yang jelas menjadi kekhuatiran mereka.

Semoga keprihatinan dan kecaknaan pihak kerajaan serta pihak tertentu dapat menyelesaikan masalah yang ditanggung mereka dengan efektif dan inovatif. Diharapkan suara mereka didengari dan tindakan sewajarnya dapat diambil. - SD

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment