25 Nov 2017

Utama » , » Daun Kemangi Memiliki Lebih 20 Manfaat Untuk Kesihatan

Daun Kemangi Memiliki Lebih 20 Manfaat Untuk Kesihatan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Daun Kemangi mengandungi Vitamin A yang sangat diperlukan oleh badan kita. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin B1 dan Vitamin C yang baik untuk kesihatan.


Daun kemangi mengandungi banyak flavonoid polifenol seperti orientin dan vicenin. Daun kemangi memiliki sebatian minyak esensial seperti eugenol, sitronelol, linalool, citral, limonene dan terpineol. Sebatian ini diketahui memiliki sifat anti inflamasi dan anti bakteria.

Daun kemangi rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol, di samping itu kaya ia juga memiliki nutrisi penting, mineral, dan vitamin seperti yang dinyatakan di atas.

Daun kemangi sangat sedap dijadikan sebagai ulam makanan kita. Banyak lagi yang terkandung di dalam Daun Kemangi ini yang sangat berkhasiat dan bermanfaat seperti:-
  1. Meningkatkan daya tahan tubuh
  2. Membantu secara alami mencegah kanser pada kulit, hati, lidah dan paru-paru.
  3. Melancarkan pengaliran darah
  4. Mencegah masalah kemandulan
  5. Menjaga kesihatan organ jantung
  6. Mencegah penyakit seriawan iaitu penyakit pada mulut dan lidah
  7. Membantu perkembangan tulang
  8. Mengurangi bau keringan / bau badan
  9. Bagus untuk mencegah jerawat
  10. Mencegah bintik-bintik hitam pada kulit wajah
  11. Mencegah rembut beruban
  12. Mencegah masalah keguguran rambut
  13. Menyegarkan kulit 
  14. Mencegah kelemumur
  15. Mencegah penuaan kulit
  16. Menjaga kesihatan gigi dan mulut
  17. Ubat cegah gatal akibat serangan serangga
  18. Mencegah terjadinya batu karang
  19. Meredakan demam dan masuk angin
  20. Mengubati penyakit panau
Manfaat di atas dijadikan petua untuk kesihatan dan terdapat cara bagaimana ia digunakan sebagai satu perubatan dan ketahanan tubuh.

Selain itu, Pokok Kemangi dan Pokok Selasih adalah dari spesis yang sama cuma terdapat berbezaan dari segi zahirnya.


Sumber : Otai Pokok

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment