27 Dec 2017

Utama » » Projek Jalan Tambahan Di Dungun Undang Padah

Projek Jalan Tambahan Di Dungun Undang Padah

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN - Projek Jalan Tambahan Pantai Dungun bermula dari Kuala Dungun sehingga ke Teluk Gadong menampakkan kecacatan.  Menurut perhatian penulis, keadaan jalan yang diturap itu seolah-olah satu projek yang tidak proaktif dan sepertinya ia satu pembaziran yang nyata. 

Sekiranya ia merupakan satu projek untuk pejalan kaki dan basikal, kenapa harus jalan itu bersambung dengan jalan utama? Bukankah itu akan memberikan impak yang buruk terhadap pejalan kaki dan basikal itu sendiri. Sebelum ini ada yang beranggapan bahawa jalan itu untuk pengguna motosikal.

Penulis juga tertanya-tanya, berapa kekerapan pengguna basikal yang melalui jalan itu berbanding motosikal? Penulis juga mendapat makluman dari pihak jurucakap JKR sendiri bahawa projek tersebut langsung tidak  dipersetujui pihaknya. Namun, projek tersebut tetap dijalankan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar dan Landskap Majlis Perbandaran Dungun tanpa mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.

Pelbagai andaian dan speklulasi muncul dari masyarakat setempat termasuklah yang mengatakan bahawa itu merupakan projek hujung tahun untuk menghabiskan wang peruntukan. Melarikan bajet maka terhasilnya projek cacat dengan pengurangan kos berbanding claim.

Dilihat, korupsi yang berlaku di daerah ini kian meruncing tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang. Penulis juga bukan seorang yang berminat dalam politik tetapi melihat dari dunia politik hari ini, ia satu gelombang membentuk kejahilan.

Melihat dari segi binaan tersebut, tergamak jalan tersebut dibina dalam keadaan yang sangat berbahaya. Ia mampu mengundang kecelakaan bagi pengguna jalan raya sendiri. Sehingga ke hari ini, masih lagi tiada apa-apa tindakan dibuat setelah pihak SD mewar-warkannya pada 18 Disember lalu. Ini menunjukkan seolah-olah pihak terbabit tidak efektif dalam menyelesaikan masalah ini atau mungkin juga kurang memberikan keprihatinan terhadap masalah rakyat setempat untuk mengambil tindakan segera.

Penulis ingin pembaca merenungkan hal ini, terdapat banyak jalan yang berlubang, jalan yang tidak, jangan bertampal-tampal di kawasan tengah-tengah bandar Dungun ini tidak diturap atau diambil cakna, sedangkan duit telah dihabiskan untuk membina jalan tambahan yang nampak jelas tidak rasional.


Pokok dan batu menghalang laluan. Ia boleh mengundang padah (kecelakaan)


 Laluan untuk masuk simpang ke kanan turut disambungkan.



Di bawah ini merupakan gambaran piawaian sebenar jalan tersebut :




 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment