8 Dec 2017

Utama » » Tak Perlu Pilih Bulu, Dato' Khairul Anuar Tetap Redah Hujan

Tak Perlu Pilih Bulu, Dato' Khairul Anuar Tetap Redah Hujan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Anak-anak yatim dan golongan asnaf perlu diberikan perhatian yang serius supaya mereka tidak terpinggir dari mendapat bantuan tanpa mengira fahaman politik. Dato' Khairul Anuar menyampaikan barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Dungun walaupun dalam cuaca hujan.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi YM Tengku Chik Badlishah memberikan bantuan tanpa mengira perbezaan parti politik dan tindakan beliau juga tidak bertunjangkan pada mana-mana politik yang berkepentingan. Beliau yang turut diiringi oleh Setiausaha Korporat dan Perundangan AMT iaitu Dato' Syamsul Samsudin turut berterima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Perwarisan Asnaf Pantai Timur (P.K.4) kerana dapat bekerjasama bagi melancarkan perjalanan penyampaian bantuan tersebut.


Menurut Presiden P.K.4 iaitu Tuan Jamaludin Jaya pula berkata, "Pihak kami tidak bermasalah untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak untuk menegakkan usaha kebajikan selagi ia dapat memberikan manfaat untuk semua."

Dato' Khairul Anuar sebelum ini pernah mengajurkan beberapa program amal untuk masyarakat seperti penglibatan Kumpulan Pelawak Lagenda iaitu Senario pada tahun lalu bersama Santai Keluarga dan Layang-Layang Gergasi Pantai Sura serta pembahagian bantuan di Alor Mak Bah.




 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment