5 Jan 2018

Utama » » DUNGUN - Isu Air Bertakung Di Atas Jalan

DUNGUN - Isu Air Bertakung Di Atas Jalan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Selain daripada punca rekabentuk longkang dan saliran yang menyebabkan masalah air bertakung, satu lagi masalah adalah melibatkan keadaan jalan terbabit itu sendiri.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan, didapati bahawa perbezaan ketinggian permukaan jalan yang diturap juga merupakan punca berlakunya air bertakung.

Kita rujuk pada gambar rajah yang dilampirkan. Rumusan yang boleh dibuat adalah :

1. Jalan sedia ada (jalan lama) dan jalan kampung levelnya telah ditentukan sebelum ini.

2. Terdapatnya projek pembinaan perkedaian yang sedia ada (warna kelabu) dan jalan bagi perkedaian tersebut lebih tinggi levelnya berbanding level jalan kampung dan jalan sedia ada (jalan lama) - tiada lagi isu air bertakung

3. Kemudian, satu lagi projek pembinaan dibuat (warna kuning) dan turapan jalan utk perkedaian tersebut dibuat lebih tinggi daripada jalan sedia ada.





4. Maka dengan kedua-dua belah jalan perkedaian itu ditinggikan levelnya dari jalan sedia ada, masalah air bertakung tatkala hari hujan yang lebat pun berlaku, air tidak dapat mengalir.

5. Jadi isunya di sini adalah masalah air bertakung juga disebabkan level turapan jalan yang baru tidak sama dengan level jalan yang sedia ada. Boleh dikatakan kebanyakannya berlaku sebegitu.

Sekian. Terima kasih.

Ulasan oleh : Mr.G

p/s : Sepatutnya pihak PBT Dungun perlu menjalankan atau melakukan sesuatu tindakan bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

Apa yang dapat dilihat, kerja-kerja penurapan jalan oleh pihak PBT langsung tidak mengambil kira road level jalan sedia ada dan ia diturap secara rambang tanpa adanya kerja-kerja untuk membuang terlebih dahulu premix yang sedia ada bagi menyamakan levelnya dengan level yang asal.

Lokasi yg dimaksudkan di atas adalah di jalan sebelah AVON - laluan Jalan Bunga Raya di hadapan Petron. (DUNGUN)

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment