1 Jan 2018

Utama » » Dungun Perlukan Transformasi Baharu 2018

Dungun Perlukan Transformasi Baharu 2018

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN sebenarnya indah. Keindahan ini merupakan satu anugerah dari ALLAH untuk hamba-hamba-Nya sama-sama jaga dan pelihara. Selain itu, untuk nilai tambah keharmonian dan kesejagatan maka satu transformasi baharu mesti diwujudkan di daerah ini supaya lebih menjadi tumpuan.

Sebagai contohnya, kawasan muzium. Pihak PBT dan juga pihak muzium daerah dan negeri perlu duduk semeja bagi membincangkan bagaimana dan hala tuju agar nilai sejarah dapat dipelihara dan juga dapat memupuk nilai jati diri anak bangsa supaya lebih cintakan daerah ini. Hal ini dapat menunjukkan bahawa pihak PBT mengambil cakna akan hal yang berlaku. Jika dilihat keadaan muzium kita, ia kusam tiada banyak perubahan sejak dulu. Paling tidak ia perlu berpagar dan lanskap juga memainkan peranan penting serta hiasan bangunan juga menyumbang kepada daya tarikan.

Penulis pernah berkunjung ke sana, memang setiap kali pergi pasti terdapat buku disediakan iaitu buku pelawat untuk menyumbangkan saranan dan idea namun itu hanyalah sekadar kertas yang diconteng dengan angan-angan yang tidak memberikan apa-apa makna. Tiada apa-apa impak positif mengenainya.


Selain itu penulis juga dapat melihat banyak pengabaian berlaku. Sebagai contohnya binaan bersebelahan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam, ia bangunan terbiar di bandar. Paling tidak lakukanlah sesuatu agar kawasan berkenaan tidak mencacatkan permandangan dan sekaligus menjadi sarang penagih. Sebagai contoh di situ boleh dibangunkan sebagai pasar seni atau pusat jualan. Selain itu di situ juga boleh dibuat food court yang jelas dapat menarik ramai pengunjung dengan menetapkan suatu konsep tertentu agar ia kelihatan lebih menarik.

Dato' Khairul Anuar yang ditemui pula berkata, tidak mengira siapa yang memerintah asalkan dapat menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat, kita akan sokong. Dato` Khairul Anuar yang juga merupakan AMT YM Tengku Badhlishah menyokong usaha pembangunan yang menaikkan nama Dungun. Selian itu, beliau juga merupakan penaung bagi Persatuan Kebajikan Anak Dungun Terengganu (P.A.K.A.D) menekankan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan seperti Anak Yatim dan Asnaf.
Dato' Khairul Anuar

Dato' Khairul Anuar bersama YB.Dato' Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail, 
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Walau bagaimanpun, kesedaran diri patut menjadi tunjang utama untuk membuat perubahan dan transformasi terhadap Dungun supaya ia tidak terus mundur dengan lambakan kedai-kedai kosong yang nilai sewanya begitu tinggi. Diharapkan juga pihak PBT turut memberikan ruang dan peluang untuk menaikkan lagi nama Dungun agar lebih dikenali dan berjaya untuk membawa pelancong dan juga orang ramai menjadikan Dungun sebagai destinasi yang wajib untuk dikunjungi.



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment