14 Jan 2018

Utama » » Gerai Pak Manaf Popular Di Tok Kah Dungun

Gerai Pak Manaf Popular Di Tok Kah Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


DUNGUN : Gerai Pak Manaf begitu popular dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Rasa masakannya lain dari yang lain membuatkan lidah kecur tatkala melihatnya apatah lagi ketika menikmatinya. Di sini tidak hanya ada Ikan Patin, malah SD turut merasai Ikan Tapah Masak Tempoyak. Bayangkanlah ikan tapah memiliki rasa yang sangat istimewa.

Gerainya yang terletak di Kampung Bembam, Tok Kah Dungun ini dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Tidak hanya penduduk setempat bahkan orang luar kawasan pun turut mencubanya. Bagi kami, ia suatu yang terbaik malah harganya juga berpatutan.

Kata Ayoe (Pelanggan), Masakan Tempoyaknya unik. Dari segi rasanya pula cukup lengkap. Ikan Tapah yang dibawanya sendiri untuk dimasak oleh Pak Manaf pula dimasak sebaik mungkin. Dari segi kualiti rasanya juga memang tidak terjejas langsung.

Ayoe bersama ikan Tapah segar di Pasar Besar Dungun


Ikan Tapah yang siap untuk dijamu selera

Pak Manaf memulakan perniagaan ini sejak dua tahun lalu dan sehingga ke hari ini pelanggan sangat berpuas hati dengan mutu masakannya. Beliau turut dibantu oleh ahli keluarga bagi melancarkan pengurusan gerai ini.

Pak Manaf seorang yang tidak  pernah berputus asa. 
Asam garam perniagaan beliau tetap tempuhi.

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment