7 Jan 2018

Utama » » Rahsia Tart Telur Cik Nadia Mencuri Perhatian

Rahsia Tart Telur Cik Nadia Mencuri Perhatian

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Menurut sejarah Tart Telur juga dikenali sebagai Tart Kastard berasal dari Hong Kong. Ia juga merupakan makanan tradisi masyarakat Cina.  Ia kian popular dan diterima di negara Asian yang lain termasuklah Malaysia. Ia juga menjadi kegemaran di British sejak lama dahulu. Tart Kastard juga disebut sebagai sejenis Pai.

Walau bagaimanapun, di sini ingin dimaklumkan bahawa terdapat tart telur yang mencuri perhatian umum, iaitu hasil tangan Cik Nadia dari Dungun ini. Apa rahsianya sehingga beliau yang baru berjinak-jinak dalam pastri pembuatan tart telur ini berjaya menjual 4000 biji dalam sehari?

Cik Nadia berbaju merah bersama ejen tart telur.
Cik Nadia memberi, ia tiada apa-apa rahsia melainkan cuba dan terus cuba membuat tart yang terbaik untuk pelanggan. Apabila pelanggan suka, maka saya pun gembira, katanya kepada SD.

Dengan harga pasaran kini ada yang mencecah seringgit sebiji bergantung saiz. Dari pemerhatian SD pula, ada yang menjual tart telur begini berharga RM2 untuk tiga biji. Namun, bagi Tart Telur Cik Nadia pula, ia dijual pada kadar RM2.50 untuk enam biji.

Apabila ditanya tentang harga, kenapa ia dijual murah? Cik Nadia menjawab, agar setiap pelanggan saya dapat beli dan berpuas hati dengan mutu dan rasa. Beliau juga banyak menerima komen-komen positif daripada netizen yang pernah menikmati pai ini.


simple but nice!



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment