10 Jan 2018

Utama » » Sejarah Kampung Pulau Serai Dungun

Sejarah Kampung Pulau Serai Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Kampung Pulau Serai telah dibuka oleh Haji Yusof bin Lebai Isa. Beliau anak Lebai Isa, bekas hakim dan tokoh pengembang Islam di Dungun. Apabila Lebai Isa meninggal dunia pada 1883 dan disemadikan di Seberang Pintasan, Haji Yusof bercita-cita untuk membuka sebuah perkampungan baru. Akhirnya beliau memutuskan Pulau Serai sesuai untuk dijadikan sebuah perkampungan. Nama Pulau Serai diambil sempena nama tempat tersebut seakan pulau yang banyak ditumbuhi serai.

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin I telah memberi perkenan kepada Haji Yusof untuk membuka kampung ini. Pulau Serai dicorakkan sebagai perkampungan Islam dan pengajaran Islam menjadi aktiviti utamanya. Haji Yusof tidak membenarkan orang lelaki kampung ini menggunting rambut sebaliknya disuruh bercukur. Lelaki tidak dibenarkan memakai topi, tali leher, seluar pendek dan emas kerana itu adalah kebudayaan Barat.

Pernah berlaku seorang yang bernama Che Daud yang bertugas dengan kerajaan penjajah British pergi ke Pulau Serai dengan memakai topi dan seluar pendek. Ini menyebabkan beliau dimarahi oleh penduduk kampung dan dihalau hingga ke Sungai Dungun.

Sumber : RSD

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment