10 Feb 2018

Utama » » 5 Saudagar Cipta Fenomena Baru Di Dungun

5 Saudagar Cipta Fenomena Baru Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Tiba-tiba sahaja nama sejenis buah menjadi sebutan di Dungun. Idea Pelam Lemak Paling Agung dicetuskan oleh 5 sekawan ini yang bermula dari bualan di kedai kopi, kini perdagangan jual beli berlaku secara terus kepada pelanggan. Rata-rata pelanggan berpuas hati. Lagipun pelam lemak ini memang disukai ramai.

Kebiasaanya pelanggan membeli pada harga yang agak tinggi di pasaran tetapi dengan lima sekawan ini, pelanggan mendapat lebih penjimatan dan ada di antara mereka boleh berniaga pula dengan pelam lemak yang dibelinya dari lima sekawan ini. Mereka menggelarkan diri sebagai Saudagar Jalanan Tranung.


Dari kiri (bertopi merah) Ruslaini Jamaludin, Azhar Noor, Khairul Khar, Wan Mohd Hasrul 
dan Syuskeri Annuar Baha Nordin

Apabila ditanya, apakah mereka tidak penat dengan sering berulang-alik dari Dungun ke Kelantan bagi mendapatkan stok? Salah seorang menjawab, apabila kita melakukan perkara yang kita suka, maka penat tidak terasa. Katanya lagi, COD yang dilakukan tidak dikenakan sebarang caj.


Selain itu, mereka turut menyediakan rencah berperisa untuk dijadikan sebagai penambah rasa kepada Pelam Lemak ini. Harganya juga sangat berpatutan dan begitu berbaloi.

Bagi pembaca yang ingin mencubanya, boleh menhubungi mereka di Facebook. Atau boleh sahaja whatsapp di nombor ini. www.wasap.my/60199588944/pelamlemok


Video detik-detik manis di bawah ini telah disediakan oleh anggotanya iaitu Encik Ruslaini Jamaludin. Selamat menonton.




 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment