15 Feb 2018

Utama » » Pemandangan Pantai Paka Amat Menyedihkan

Pemandangan Pantai Paka Amat Menyedihkan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

PAKA : Semenjak warung-warung di tepi pantai dirobohkan tahun lalu, maka keadaan sekitarnya telah berubah. Ditambah pula kesan runtuhan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pembersihan dilakukan. Hal ini amat mendukacitakan warga yang terlibat.

Dahulu kawasan ini menjadi tarikan kerana terdapat banyak pilihan warung. Kini pihak PBT membina gerai sendiri untuk disewakan kepada peniaga lain. Kenapa hal ini boleh berlaku? Persoalan yang perlu rakyat marhean fikirkan.

Di sini nampak jelas akan sikap sambil lewa pihak PBT terhadap isu ini. Ia seolah-olah dipandang enteng tanpa sebarang tindakan. Ketidakcaknaan dan keperihatinan mereka telah mencacatkan pemandangan.

Terlalu banyak masalah yang terlihat seperti sengaja ditimbulkan. Bahkan sengaja menyulitkan keadaan sedangkan ia sepatunya sudah lama diselesaikan.

Sekiranya isu tak boleh berniaga dan bina kedai di persisiran pantai, bagaimana pula keadaan di Batu Pelanduk? Apakah ia disebabkan tanah persendirian? PBT Dungun sangat aneh sikapnya, berbeza di Marang, Pantai Kelulut.

Semoga pihak PBT tidak sesekali membelakangi rakyat dan seharusnya telus dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanah oleh rakyat. Dari rakyat untuk rakyat.

Beginilah keadaannya pantai Paka.






Foto : SD Crew

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment