14 Oct 2018

Utama » » Banglo 606 Inspirasi Anak Muda Dungun

Banglo 606 Inspirasi Anak Muda Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Siapa sangka, hasrat untuk bersama di bawah satu bumbung bakal terlaksana seusai langkah pertama telah dilancarkan. Mereka mengorak langkah seterusnya dalam membina empayar harmoni bekerjasama di dalam satu tempat yang diberi nama Banglo 606. Ianya terletak di Sura Hujung, Dungun.

Menurut Ahmad Farhan, kawasan ini begitu strategik memandangkan tempat ini memiliki keluasan yang baik bagi menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan anak-anak muda. Selain itu mereka turut menyediakan food court yang diuruskan pula oleh saudara Mohd Iqmal Hafeez.

Banglo 606 bukan sekadar tempat untuk anda bersantai bahkan di sini juga menyediakan khidmat fotografi dan suntingan video yang diruskan pula oleh saudara Nik Farid Idham dari Aurora Creative. Konsep yang digunakan oleh mereka adalah lebih kepada relaks dan santai. Elemen yang diketengahkan pula ke arah kesenian bagi mencerminkan jadi diri.

SD sempat meninjau keadaan yang sedang dibangunkan mereka bahkan terpegun dengan perancangan rapi yang dinyatakan termasuklah menyediakan ruang ilmiah. Semoga usaha anak muda ini membuahkan hasil dan dapat menciptakan satu sejarah baru bagi golongan muda. - SD

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment