18 Oct 2018

Utama » » Eu Gemilang 14 Tahun Bertahan

Eu Gemilang 14 Tahun Bertahan

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Ditengah-tengah kepesatan pertumbuhan kedai gunting, Eu Gemilang tetap bertahan dan masih mempunyai pelanggan baru dan tetap biarpun terdapat banyak kedai gunting baru kini tumbuh bak cendawan selepas hujan di daerah ini namun belum tentu dapat bertahan.

Ekonomi yang tidak menentu juga turut menyumbang kepada faktor persaingan dan kekurangan pelanggan. Walau bagaimanapun, kedai gunting Eu Gemilang tetap menjadi pilihan kerana perkhidmatan yang diberikan masih memuaskan dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Ini terbukti di atas pengalaman dalam memberikan perkhidmatan tersebut.

Menurut pengurusnya, Encik Muhammad berkata, Mutu dan kualiti perlu dijaga. Walaupun banyak persaingan namun servis kita tetap ambil berat kerana pelanggan berhak memilih. Bila mereka berpuas hati dengan servis, mereka akan datang lagi. Semestinya kita mengikut kehendak pelanggan.

Setakat ini, tiga lokasi kedai Eu Gemilang boleh ditemui berhadapan dengan Pejabat Jurutera JKR Dungun dan juga bersebelahan dan Bank BSN Paka serta di belakang Hotel IPM Dungun. SD difahamkan, Eu Gemilang merupakan perintis kepada kedai gunting bersistem lengkap berseragam pada awal kewujudannya sehingga sekarang.

Eu gemilang telah mewujudkan FB Pages sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini agar memudhakan pelanggan untuk mendapat info-info terkini. FB Page : EU Gemilang Barber Shop




 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment