28 Oct 2018

Utama » » Siapa Mereka, KEPPAMIM & Persatuan Penjaja Dungun?

Siapa Mereka, KEPPAMIM & Persatuan Penjaja Dungun?

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA



DUNGUN : Ada beberapa persoalan mengenai dunia persatuan dan pertubuhan Melayu di Dungun ni. Yang diambil cakna buat masa ini adalah mengenai Persatuan Penjaja Dungun, dulu hebat kedengaran sampai nak dapatkan lesen jual berger tepi jalan pun kena memiliki lesen daripada pihak penjaja terlebih dahulu sebelum Majlis Perbandaran Dungun luluskan. Sekarang apa cerita?

Lagi satu, perniagaan yang berlangsung kini di pinggir-pinggir jalan, siapa yang sepatutnya memainkan peranan dan menjaga hak-hak mereka?

Persoalannya, apa kaitannya KEPPAMIM dan PERSATUAN PENJAJA dalam MPD? Ia dilihat bertentangan dengan landasan dan jalur perjuangan dan perlaksanaan. Jika KEPPAMIM mengenai kebajikan peniaga pasar malamnya, apa kena mengena peniaga yang lain yang beroperasi di siang hari yang dikatakan berada dibawah kelolaannya seperti PASAR BUAH juga tiba-tiba wujud di MUZIUM DUNGUN?

Di situ dilihat terdapat percanggahan. Ini bukan huraian panjang, secara am. Jelas, PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL TERENGGANU CAWANGAN DUNGUN banyak dinafikan haknya oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Semoga kita dapat merenungnya sejenak. Apa fungsi dan peranan kedua-duanya sebenarnya? Difahamkan terdapat keahlian orang yang sama berjawatan di dalam kedua-dua pertubuhan / persatuan ini.

Sekiranya persoalan ini dapat dijawab, mohon diperjelaskan agar tiada kekaburan yang berlaku lagi.


- sumber.



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment