1 Nov 2018

Utama » » Isu Haiwan Ternakan Tak Sudah Di Dungun

Isu Haiwan Ternakan Tak Sudah Di Dungun

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Perkara berbangkit membabitkan haiwan ternakan berkeliaran masih lagi belum menemui penyelesaian. Seharusnya pihak PBT lebih peka mengenai keselamatan dan kesejahteraan orang awam. Sekiranya berlaku apa-apa kemalangan serta kerugian yang melibatkan nyawa dan harta benda, sudah tentu ia menimbulkan ketidakpuasan hati mereka yang berkenaan.

Lokasi : Kg. Serdang

Sangat menghairankan, kenapa tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terbabit membiarkan haiwan ternakan mereka sebebas-bebasnya? Para penternak pula diminta supaya tidak mementingkan diri sendiri. Hal ini adalah, haiwan ternakan mereka sering merosakkan tanaman dan membuat kotor serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.


Lokasi : Kg. Sura Hujung

Rentetan itu, pihak PBT disarankan agar tidak pilih bulu. Tindakan susulan perlulah dilakukan agar tiada sebarang insiden yang tak diingini berlaku. Oleh itu, tidakan wajar mesti diambil ke atas mereka yang terlibat. Ini adalah kerana, sekiranya berlaku kemalangan melibatkan haiwan ternakan mereka, mereka pasti tidak akan mengakui bahawa itu adalah haiwan kepunyaan mereka.

Bagi mengelakkan hal tersebut terjadi, adalah lebih rasional haiwan ternakan jangan dibiarkan bebas. Denda atau kompuan yang setimpal atau lebih tinggi perlu dikenakan agar pengajaran dapat diberikan kepada mereka yang berdegil dan penting diri ini. Dalam soal ini juga mestilah tiada berkompromi di antara PBT dan juga para penternak dalam menanggani masalah ini.

Renungkan sejenak, bagaimana sekiranya berlaku kemalangan dan mengakibatkan kematian demi kematian atau kecederaan dan cacat kekal melibatkan ahli keluarga anda?  Renungkan agar semua dapat menilai dari sudut yang sama.

Dengan ini, diharapkan agar PBT dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan adil seadilnya agar nilai kesejagatan dan kehormonian dapat ditegakkan. - SD

 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment