5 Nov 2018

Utama » » Pena Padu Membantu Penulis Baru

Pena Padu Membantu Penulis Baru

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNIA BUKU : Penulis-penulis baru tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun, bukan senang untuk bergelar penulis prolifik. Walau bagaimanapun untuk menghasilkan karya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan.

Bagi penulis yang ingin karyanya diterbitkan sudah tentu perlu memenuhi beberapa krateria yang penerbit inginkan. Jika tidak menepati kehendak, sudah tentu karya tersebut akan ditolak dan akan menyebabkan semangat seseorang penulis itu turun.

Seseorang penulis juga disarankan agar tidak terlalu ghairah untuk melihat karyanya diterbitkan supaya tidak terperangkap dengan pihak yang telah mengambil kesempatan. Perkara tersebut pernah berlaku dan diharapkan supaya penulis baru tidak terleka dengan insiden seumpama itu.

Di sini, Pena Padu adalah sebuah rumah penerbitan yang membantu penulis pemula yang ingin menulis bersama. Menurut penerbitnya, Tuan AC Jaffrie, Pena Padu menerbitkan karya penulis-penulis baru di dalam bentuk komplot menulis. Karya-karya mereka digabungkan di dalam tema sesebuah antologi cerpen.

AC Jaffrie

Penulis baru atau pemula akan dibantu dan dibimbing oleh penyelenggara sampai karya mereka diterbitkan. Penyelenggara seram dan thriller yang aktif bersama, Asraf Shaari berkata, jika seorang penulis itu memberikan komitmen dan menulis sampai siap mengikut masa yang ditetapkan, maka di situ dapat dinilai bahawa penulis tersebut mampu pula menghasilkan novel. Penulisan cerpen merupakan titik tolak bagi seseorang penulis baru belajar memperbaiki kelemahan.


Pena Padu mula mengorak langkah sejak 2016 lagi dan sehingga kini telah menerbitkan 48 judul buku. Pena Padu juga telah membantu penulis baru sehingga berjaya menulis novel. Penerbitan ini tidak mengikat mana-mana penulis yang ingin bernaung dengan rumah penerbitan lain. Pena Padu merupakan landasan awal untuk mereka yang ingin menceburi bidang penulisan.

Khairul Khar seorang penulis baru yang berasal dari Dungun
turut berkomplot dalam antologi yang bakal diterbitkan pada November 2018 ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah penerbitan ini, boleh singgah ke pautan pages rasmi mereka, Penerbitan Pena Padu di FB Pages. - SD



 photo iklan atomy_zpsx6liadcn.gif
Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment