1 Mar 2019

Utama » » Ekonomi Peniaga Melayu Mesti Dipertingkatkan!

Ekonomi Peniaga Melayu Mesti Dipertingkatkan!

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

KUALA DUNGUN : Pasar Malam Stesen Bas Dungun atau dikenali sebagar Pasar Malam Bas 10 Dungun #PasarMalamBas10Dungun yang membawa maksud yang sama telah dibuka pada tanggal 22 Januari lalu mendapat perhatian penduduk setempat. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Sura iaitu YB Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik merangkap Timbalan Exco Keushawanan Terengganu.



Pasar malam yang beroperasi setiap Hari Selasa ini menerima kehadiran pengunjung yang sangat memberangsangkan. Hal ini dapat memberi peluang dan ruang untuk para peniaga meraih pendapatan. Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Cawangan Dungun, Puan Mariam Abdullah, Pasar malam ini adalah untuk membantu meningkatkan ekonomi para peniaga kecil dan juga kepada mereka yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan bagi menimba pengalaman.

Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Cawangan Dungun

Apabila ditanya mengenai Mesyuarat Agung yang akan datang pada 9 Mac 2019 ini, apakah beliau dapat mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi? Lalu beliau menjawab, ia terserah kepada keputusan yang diperoleh dan sekiranya beliau masih menyandang jawatan tersebut, maka agenda untuk meneruskan misi membangunkan ekonomi dan plan untuk para peniaga dapat diteruskan bagi penggal seterusnya. - SD





Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment