6 Mar 2019

Utama » » FAKTA SULTAN YAHYA SIAK DI DUNGUN

FAKTA SULTAN YAHYA SIAK DI DUNGUN

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

LAWATAN MUHIBAH KELUARGA RAJA HAJI YAHYA ERATKAN HUBUNGAN DENGAN KETURUNAN 

Kehadiran seramai 15 ahli rombongan keluarga Almarhum Raja Haji Yahya Raja Daud Shahid dari Perak untuk menziarahi Makam Sultan Yahya Siak semalam bukan sahaja bersifat lawatan muhibah malah turut merungkai pertalian darah antara Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah dengan Raja Haji Yahya.

Kehadiran ahli rombongan disambut oleh ahli-ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun
dan keluarga keturunan Sultan Yahya Siak.
Rombongan diketuai oleh Raja Dr. Elina Raja Aziddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Keluarga Almarhum Raja Haji Yahya Raja Daud Shah disambut oleh ahli-ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun diketuai Setiausaha Kehormatnya, Wan Mohd Rosli Wan Ngah. Turut hadir sebahagian keturunan Sultan Yahya Siak yang menetap di Dungun dan Kuala Terengganu diketuai oleh YM. Tengku Ismawi Dato' Ir. Tengku Ismail yang mewakili keluarga Almarhum Dato' Ir. Tengku Ismail bin Tengku Jaafar (zuriat Amarhum Tengku Busu Ibni Almarhum Mampura).

Berdasarkan fakta sejarah Kesultanan Melayu Siak muncul dengan pengistiharan Raja Kecil Siak atau Tuan Bujang sebagai zuriat yang sah kepada Sultan Mahmud mangkat Dijulang oleh Puteri Jamilan dan Yamtuan Sakti, Raja di Pagar Ruyong. Setelah kemangkatan Raja Kecil pada 1746, kerajaan itu diperintah pula oleh putera baginda bernama Sultan Mahmud Abdul Jalil Jalaluddin Shah. Kemudiannya ketika di zaman pemerintahan Sultan Yahya (1782-1784), baginda telah diturunkan dari takhta secara tipu muslihat oleh Saiyid Ali Saiyid Usman Ash Shahab saudara tiri baginda yang kemudiannya menjadi Sultan Siak dengan memakai gelaran Sultan as-Sayyid al-Sharif Ali AbdulJalil Syaifuddin Shah.

Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasn Dungun, Encik Wan Mohd Rosli
menceritakan sejarah kehadiran Sultan Yahya dari Siak ke Dungun
Ekoran diturunkan dari takhta Sultan Yahya membawa diri ke Retih sebelum berangkat ke Terengganu dan menetap di Dungun. Tidak beberapa lama menetap di Dungun akhirnya baginda mangkat di sini. Manakala adik Sultan Yahya pula iaitu Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman berhijrah ke Perak lalu menetap di sana.

Raja Haji Yahya pula merupakan cucu kepada Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman. Raja Haji Yahya dilantik sebagai Orang Besar Delapan di zaman pemerintahan Sultan Perak iaitu Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah dengan gelaran Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Perak. Beliau merupakan seorang genealogist yang mencatat salasilah Raja-Raja Perak dan para pembesar negeri Perak. Raja Haji Yahya kembali ke Rahmatullah pada 1 Oktober 1904 dan disemadikan di Kuala Kangsar, Perak.

YM. Tengku Asmawi turut berkongsi cerita sejarah kehadiran
Sultan Yahya dari Siak ke Dungun
Majlis tahlil ringkas dan sesi berkongsi maklumat mengenai sejarah dan salasilah Sultan Yahya dan Raja Haji Yahya turut diadakan di pekarangan makam berkenaan.

Kehadiran rombongan dari Perak itu secara tidak langsung dapat membuka satu lembaran baru ke arah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara keturunan Sultan Yahya Siak di Terengganu dengan keturunan Raja Haji Yahya di Perak. Sudah pasti menerusi pertemuan bersejarah yang kali pertama diadakan ini dapat meneruskan kembali kesinambungan hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga diraja tersebut yang telah terputus sekian lama. - Sumber RSD

Kongsi Artikel Ini :
Comments
1 Comments

+ comments + 1 comment

7 March 2019 at 10:41

Dekat dgn rumah ambe ni, ingat zaman kecik2 dulu selalu ikt gotong-royong bersih makam sultan yahya Dan ade bnyk lg kubur di sekitar kawasan situ mungkin pengikut2 almarhum,..

Terima kasih Unknown atas Komentarnya di FAKTA SULTAN YAHYA SIAK DI DUNGUN

Post a Comment