14 Mar 2019

Utama » » Penjaja & Peniaga Kecil Dungun Perlu Bersatu

Penjaja & Peniaga Kecil Dungun Perlu Bersatu

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

Melihat apa yang berlaku hari ini, statistik penjaja dan peniaga kecil di Dungun tumbuh bak cendawan selepas hujan namun ada yang sukar bertahan dan ada juga tiada tempat untuk bergantung harap. Selain itu kedudukan dan tempat pula tidak strategik serta berselerakan tanpa susun atur yang betul. Masing-masing seolah-olah tidak tahu bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan secara berkelompok yang lebih bersistematik.

Berdasar perkara ini juga, adalah wajar bagi pihak NGO khususnya Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Terengganu Cawangan Dungun mengusulkan sesuatu kepada pihak PBT agar golongan penjaja dan peniaga ini dapat dijaga dan terjamin akan hak-hak mereka.

Puan Mariam Abdullah (Pengerusi PPPKMT Caw. Dungun)


Pengerusi PPPKMTCD berkata, mereka yang menyertai persatuan ini mempunyai keistimewaan termasuklah diberikan keutamaan bagi agensi yang ingin menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil ini sebagai contohnya adalah YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan)

Baru-baru ini, Pegawai Komunikasi YPU Terengganu iaitu Encik Mazubir Ngah sewaktu sesi taklimat di dalam Mesyuarat Agung PPPKMT Cawangan Dungun Kali Ke-15 yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun ada menyebut mengenai geran berjumlah RM5000 berupa barang untuk peniaga maka anda boleh mendapatkan borang tersebut di Pejabat Dun Sura.


YPU memberikan tanggungjawab penuh kepada Persatuan Penjaja untuk menguruskan ahli-ahlinya yang membuat permohonan bagi mendapatkan geran dan pembiayaan atau pinjaman perniagaan.

Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment