1 Mar 2019

Utama » » Taman Awam Tidak Diselenggara Dengan Baik

Taman Awam Tidak Diselenggara Dengan Baik

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

TELUK LIPAT : Taman permainan kanak-kanak di tempat berkenaan kian uzur. Meskipun ia menjadi tempat tumpuan, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berwajib untuk membaikinya. Pihak terbabit disarankan agar membaikpulih keadaan tersebut yang dikhuatiri boleh mendatangkan hal yang tak diingini dari berlaku seperti kecederaan kepada kanak-kanak dan orang awam.


Peralatan sedia ada juga dapat dilihat sudah banyak yang rosak. Rungutan ini telah berlarutan cuma tindakan belum dibuat. Masyarakat setempat perlu memainkan peranan penting bagi memastikan harta benda awam ini tidak dirosakkan. Sehubungan dengan itu, kesedaran sivik perlu dititikberatkan. Selain itu, soal kebersihan juga perlu dijaga dan diambil cakna.



Menurut salah seorang peniaga di situ, tong sampah yang disediakan sangat tidak mencukupi bagi menampung sampah yang dibuang. Oleh yang demikian ia mencacatkan pemandangan apabila sampah sarap tersebut diselongkar oleh anjing-anjing liar yang berada di tempat berkenaan.

Diharapkan PBT dapat memantau keadaan ini dan membaiki keadaan ini kerana ini mencerminkan imej bagi Perbandaran Dungun. Taman Teluk Lipat juga merupakan kawasan tumpuan utama di pusat bandar. Ia menjadi salah satu tempat riadah bersama keluarga. Jesteru itu, segala kemudahan haruslah selesa dan baik yang perlu disediakan agar kesejahteraan dapat dipupuk bersama. Pemantauan dan tindakan juga perlu dilakukan sentiasa oleh pihak berkuasa.



Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment