11 Mar 2019

Utama » » Tangkap Dan Dakwa Sahaja Geng LGBT

Tangkap Dan Dakwa Sahaja Geng LGBT

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA


Oleh : Syuhaimi Adnan

Aku pasti perhimpunan lebih kurang 1,000 orang penyokong LGBT tidak mempunyai permit sah untuk berkumpul. Jadi #PDRM silalah tangkap penganjur dan perancang perhimpunan tersebut dan dakwa mereka di mahkamah. 

Bukan sebab diskriminasi LGBT, tapi sebab melakukan kesalahan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan.

Tangkap dan dakwa juga Sajat, Safiey dan siapa sahaja yang berkelakuan tak senonoh di medsos yang bagi aku selama ini menggalakkan pengaruh LGBT di Malaysia. Tangkap dan dakwa juga semua netizen yang menyokong mereka sebab menyokong LGBT.

Bagi yang bimbang pemikiran umat Islam sedang dirosakkan oleh LGBT hasil agenda zionis, kalian juga patut risaukan rokok yang dihasilkan oleh zionis untuk merosakkan fizikal umat Islam. Beratus ribu umat Islam di Malaysia yang mungkin mati pucuk, kena kanser dan lemah tubuh akibat rokok buatan zionis. Dan dari segi rohaniah, keimanan mereka rosak akibat berterusan melakukan dosa menghisap rokok macam perempuan yang tidak bertudung serta menutup aurat.

Jadi tangkap dan dakwa juga penjual rokok sebab mereka menjadi agen zionis tanpa sedar dan sedang merosakkan rohaniah dan jasmaniah umat Islam di Malaysia.

Abam Bochey dan beberapa pelawak/pelakon lain juga pernah berpakaian wanita yang diharamkan oleh agama Islam. Jadi tangkap dan dakwa mereka juga sebab mereka inilah antara punca golongan LGBT semakin berani sekarang.

Kalau kita menggunakan akal mengatasi emosi kita, maka kita akan dapat lihat bahawa 1,000 penyokong LGBT tak akan membawa kesan sangat kepada kita dan anak-anak.

Musuh sebenar umat Islam sudah pun berada di dalam rumah setiap umat Islam. Namanya TV dan Internet. Ia menyelinap di sebalik rancangan-rancangan positif setiap hari untuk men-LGBT-kan anak-anak kita. Ia juga kini berada di hujung bibir sebahagian kita dan anak-anak. Merosakkan tubuh dan keimanan umat Islam.

Jadi, sekarang amacam?

Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment