3 Jun 2019

Utama » » Dungun : Kedai Jahit Kena Viral

Dungun : Kedai Jahit Kena Viral

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

DUNGUN : Sebuah kedai menjual peralatan menjahit dikecam oleh warganet gara-gara tiada sikap ramah dan mesra yang ditunjukkan oleh pihak tersebut terhadap pelanggan yang datang.

"Siapa yang pernah ke kedai ini, saya nak kongsi pasal siang tadi. Mereka bercakap kasar (tinggi nadanya) terhadap seorang pelanggan perempuan berusia 20an." Kata Masitah Abd Rahman menerusi akaun FBnya ke dalam group Dungun.

Budak perempuan itu hanya melihat benang tetapi telah dimarahi oleh peniaga terbabit dengan bahasa yang kurang senang sehingga menarik perhatian pelanggan lain, jelasnya lagi.

Masitah Abd Rahman yang melihat insiden itu terus memuatnaik status ke fb dan menyatakan rasa tidak puas hatinya bagi mewakili pihak perempuan terbabit.

Rata-rata pengguna fb yang melontarkan komen melahirkan rasa marah dan tidak puas hati kerana mereka pernah mengalami situasi yang sama ketika berkunjung ke premis berkenaan.







Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment