5 Aug 2019

Utama » » Kerosakan Kemudahan Taman Rekreasi Di Daerah Dungun, Pihak MPD Perlu Ambil Tindakan Segera

Kerosakan Kemudahan Taman Rekreasi Di Daerah Dungun, Pihak MPD Perlu Ambil Tindakan Segera

alt/text gambar alt/text gambar alt/text gambar PENAJA

KEROSAKAN KEMUDAHAN TAMAN REKREASI DI DAERAH DUNGUN
PIHAK MPD PERLU AMBIK TINDAKAN SEGERA

1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah melakukan kajian menyeluruh di taman-taman rekreasi di daerah dungun. Hasil dari pemerhatian dan kajian mendapati kemudahan yang disediakan kini mencapai tahap yang sangat membimbangkan.

2. Taman rekreasi yang disediakan di daerah ini seperti Taman Poket, Taman Rekreasi berhadapan Imtiyaz dan lain-lain adalah merupakan tempat tumpuan setiap hari khususnya hujung minggu. Memandangkan kehadiran pengunjung ke lokasi yang dinyatakan, risiko kecederaan amatlah tinggi. Faktor keselamatan berada di tahap membimbangkan.

4. Hasil temubual kami bersama pengunjung mendapati, sebahagian taman rekreasi pernah ditutup sementara dengan tujuan baikpulih. Namun tiada tindakan lanjutan dari pihak tuan khususnya Majlis Perbandaran Dungun. Seharusnya ianya dipandang serius lebih-lebih lagi isu keselamatan dan kecederaan yang tidak dijangka.

5. Pihak kami menyarankan agar pihak berwajib khususnya Majlis Perbandaran Dungun mengambil langkah segera dalam menjalankan operasi baikpulih agar perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengunjung.

6. Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun juga meetakkan kepercayaan dan tindakan pantas daripada pihak berkuasa dalam usaha menyediakan fasiliti yang lebih mesra dan selamat kepada warga Dungun.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun
Sesi 2019/2021 









Kongsi Artikel Ini :
Comments
0 Comments

Post a Comment